Giveaway #4 : Baucar Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

Assalammualaikum semua! Selamat berpuasa dan semoga bulan Ramadhan yang mulia ini memberi kita hidayah dan keberkatan. Bulan Ramadhan ni, ruby masih sibuk dengan aktiviti blogger dan keluarga. Kalau ada klon, boleh la minta tolong mereka kan. Hahaha. Tapi, ada bahagia terukir bila kita dah penat lelah untuk keluarga. Bila waktu Ramdhan ruby akan mencari satu tempat untuk berbuka puasa bersama suami. Masa ni boleh la relax dari memasak dan santai keluar jalan-jalan. Ruby ingin kongsikan dengan pembaca ruby kegembiraan berbuka puasa bersama orang tersayang. Jadi, selamat datang ke Giveaway #4 : Baucar Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant!!! Hahaha.

Sebelum ini ruby ada kongsikan betapa syoknya menikmati juadah berbuka di Bangi Golf Resort. Anda boleh baca di sini http://ruby.my/2014/06/buffet-ramadhan-2014-bangi-golf-resort/.

Baucar Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant yang anda bakal menangi boleh digunakan dari tarikh 2 Julai 2014 – 26 Julai 2014. Jadi, anda boleh rancang bila-bila hari yang sesuai untuk berbuka bersama insan tersayang!

Paling ruby suka di Bangi Golf Resort Restaurant adalah kambing panggang dan butter prawn. Makan sampai la senak perut tu. Makanan masih tersedia! Hehehe.

Buffet Ramadhan 2014 - Bangi Golf Resort Restaurant Buffet Ramadhan 2014 - Bangi Golf Resort Restaurant Buffet Ramadhan 2014 - Bangi Golf Resort Restaurant Lokasi Bangi Golf Resort Clubhouse

Caranya mudah sahaja.

1. Follow Instagram @rubydotmy

2. Follow Twitter @rubydotmy

3. LIKE Facebook Ruby.my

4. LIKE Facebook www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant

5. Jawapan anda perlu diisi di ruang komen di blog ini dengan menyatakan “Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?”.

6. Setelah memberi komen, instagram + tweet + fb apa sahaja gambar makanan yang anda idamkan dan isikan caption perkataan ini “Saya nak #BGRmakan dari @rubydotmy j.mp/BGRmakan

7. Keputusan adalah dari panel hakim Bangi Golf Resort dan ruby.my. Kami akan memberi 1 pasang (2 keping) Baucar Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant kepada 5 orang pemenang!  Siapa cepat dia dapat.

8.  Pengumuman pemenang akan dimaklumkan segera melalui media sosial. :)

9. Giveaway terbuka kepada semua pembaca Blog ruby.my.

Good Luck!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “Giveaway #4 : Baucar Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant

    siti murshida binti abdul rashid

    (July 8, 2014 - 12:42 pm)

    “Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?”

    Salam..
    Saya ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant kerana ingin meraikan hari lahir suami yang ke 27 pada 30 Jun lalu. Impian suami adalah untuk makan kambing panggang. Melalui review yang dibaca di media sosial, kambing panggang di BGR sangat enak dan lazat. Jadi saya merasakan BGR adalah tempat terbaik untuk saya membawa suami menikmati kambing panggang dan juadah berbuka lain yang disediakan.TQ

    simn

    (July 7, 2014 - 11:45 am)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?

    Dah tentulah makanan di bangi golf resort sangat berbaloi dan semuanya sedap-sedap! Dari ala-ala kampung sehingga ke western,memang boleh masuk semua dan memang favourite !!!!!!

    Yeahhhh!

    Nurul Ainn

    (July 4, 2014 - 2:34 pm)

    Salam..

    Saya ingin berbuka puasa di bgr kerana

    1. Saya nak bawa tunang saya makan di resort bufet kerana dia tak pernah makan di tempat sebegini. Birthday beliau pada july ini

    Anna Desyana

    (July 4, 2014 - 10:00 am)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?

    Kerana Bangi Golf Resolt menyajikan lebih dari 200 jenis juadah untuk berbuka puasa, dan yang paling istimewa teringin sangat nak menikmati Telur separa masak yang resepinya diterbangkan dari Singapura yang dipanggil “Sous Vide Egg with Mushroom Espuma”. Tidak lupa juga kambing golek yang pasti aromanya menusuk kalbu dan membuka selera untuk suami saya yang pastinya menggemari daging kambing. Di tambah pula, BGR bukan sekadar hidangan buffet biasa tetapi luar biasa kerana dihadirkan dengan variasi makanan yang unik..segar serta pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan desert yang pasti lazat.

      Ruby

      (July 4, 2014 - 12:41 pm)

      Wah Anna dah macam chef. Sangat memahami makanan lazat dari BGR! Tahniah Anna dapat sepasang tiket ya. Nantikan email dari Ruby ya!

        Anna Desyana

        (July 4, 2014 - 1:43 pm)

        Alhamdulillah ruby…tertunai juga hajat nak bawak suami makan kat sana…moga Allah sentiase merahmatimu..bukan apa sebelum ni ade terjah jugak FB n another blog pasal BGR…mmg membuka selera..Syukur..

    yanamib

    (July 3, 2014 - 12:35 pm)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?”

    Sebab saya dapat tau di situ ada hidangan kambing panggang. Memang menjadi kebiasaan saya mencari tempat berbuka yang menghidangkan kambing panggang. Lokasi Bangi Golf Resort juga sangat dekat dengan rumah saya. Mudah bagi saya ke sana bersama keluarga dan anak yang masih kecil. Masa belajar di kolej 6 tahun lepas saya pernah mencuba berbuka di Bangi Golf Resort. Tempatnya sangat menarik. Kali ni nak cuba lagi berbuka di sana. Mana tahu ada perubahan yang menarik pihak restoren lakukan.
    yanamib´s last blog post ..Mahalnya…Puting!My Profile

      Ruby

      (July 3, 2014 - 2:23 pm)

      Kegemaran ruby juga kambing panggang tu. Bangi Golf Resort adalah lokasi yang tepat untuk menikmati kambing panggang tau Yana. Hehehe. Tahniah yana dapat sepasang tiket ya. Nantikan email dari Ruby ya! 🙂

    Yana Yassin

    (July 3, 2014 - 11:49 am)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?

    Sebab saya nie ibu mengandung . Jadi banyak makanan yang mengidam sesangat di tambah plak bila puasa selera memuncak . Jadi dengan review Ramadan Food Bangi Golf Resort yang ada di Blog ruby.my buat saya meleleh air liur , nak rasa semua makanan yang ada . Paling suka bila nampak ada Kambing Panggang tue , memang menggugat iman berpuasa .

    Yang Benar ,
    Yana Yassin
    Yana Yassin´s last blog post ..Warna Warni Ramadan Buffet di Grand Dorsett SubangMy Profile

      Ruby

      (July 3, 2014 - 2:21 pm)

      Wah ni komen lagi syahdu. Ibu hamil teringin makan pelbagai juadah ya. Hehehe. Tahniah Yana, dapat sepasang baucar. Nantikan email dari Ruby ya! 🙂

    ujang9897

    (July 3, 2014 - 10:27 am)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?

    Kerana tak pernah rasa berbuka di Bangi Golf Resort Restaurant bersama isteri.., selain itu Bangi Golf Resort Restaurant dekat sangat dengan rumah tak sampai jadi tak salah jika ruby beri baucer itu kepada saya..tak sabar nak rasa keenakan berbuka di Bangi Golf Resort Restaurant bersama Isteri tercinta..(”,)

      Ruby

      (July 3, 2014 - 2:20 pm)

      Tahniah Ujang, semoga berbahagia berbuka bersama isteri tercinta. Nantikan email dari Ruby ya!

    Emas Putih

    (July 3, 2014 - 4:00 am)

    Kenapa anda ingin berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant?

    Uzu teringin nak berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant sebab nak merasa masakan-masakan melayu yang kemungkinan jarang terdapat di negeri uzu sendiri (Sabah) . So uzu nak merasa kelainanan masakan di Bangi Golf Resort Restaurant sebab Bangi Golf Resort Restaurant menyediakan pelbagai jenis masakan melayu gabungan seluruh negeri di Malaysia 🙂

      Ruby

      (July 3, 2014 - 4:15 am)

      Wah UZU sepantas kilat komen! Yay uzu dapat sepasang tiket ya. Nanti akak email butiran lanjut! xoxo!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.