Koleksi Terkini Ergobaby

      1 Comment on Koleksi Terkini Ergobaby

Penggendong bayi memang penting! Ruby ketika Adam genap 1 bulan lebih dah bawa berjalan dah guna baby wrap. Sekarang dah besar lasak nak tengok kiri kanan memang memerlukan 360 carrier agar tidak membataskan apa yang dia ingin lihat. Hehehe. Kalau bawa Adam pergi travel mesti kepala dia sibuk tengok kiri kanan. Sakit dagu ibu ni ha.

Penggendong bayi kini terus mengalami perubahan. Daripada helaian kain yang direka dan diikat kepada bentuk selempang sehinggalah penggendong struktur lembut yang lebih sofistikated, satu yang pasti – penggendong bayi merupakan satu trend yang muncul kembali yang diterima oleh ibu bapa moden di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Ergobaby Collection

Dalam usaha memenuhi permintaan ibu bapa masa kini terhadap penggendong bayi yang ergonomik, selamat dan selesa, Ergobaby®, pereka penggendong bayi premium yang meraih pengiktirafan telah memperkenalkan 360 Carrier yang bakal dipatenkan. 360 Carrier menyediakan kemudahan empat kedudukan menggendong untuk ibu bapa, termasuk kedudukan bayi menghadap ke hadapan yang ergonomik dan pada masa yang sama, mengekalkan standard tertinggi dari segi rekaan ergonomik bagi memastikan keselamatan dan keselesaan untuk kedua-dua bayi dan ibu bapa.

Selain penggendong bayi 360 empat posisi, Ergobaby turut melancarkan Ergobaby Wrap yang direka khusus untuk bayi termasuk bayi yang baru lahir manakala Ergobaby Swaddler membolehkan bayi tidur lebih lama.

Jonathan, Illy,Nana,Dr Moira & Joanna at Ergobaby Media Launch

Jonathan, Blogger Illy,Nana,Dr Moira & Joanna at Ergobaby Media Launch

Cathy Dean, Pengarah Jenama Global Ergobaby berkata, “Rekaan yang ergonomik dan selesa adalah asas kepada Ergobaby dan kami teruja untuk membawakan pendekatan rekaan produk kami lebih daripada sekadar penggendong. Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk yang inovatif kepada ibu bapa yang memudahkan kehidupan mereka dengan membawakan produk yang terbaik dalam keselesaan, keselamatan dan kemudahan yang mereka perlukan dan gunakan setiap hari.”

Dr Moira

Dr. Moira Robertson, doktor kiropraktik berkongsi, “Penting untuk memastikan bayi berada dalam kedudukan yang betul dalam penggendong bagi membolehkan perkembangan tulang belakang yang sihat ketika bayi membesar. Kedudukan menghadap ke luar memang selamat jika penggendong mempunyai ciri-ciri yang baik.

Penggendong yang baik mestilah mempunyai tapak yang luas supaya pinggul bayi betul-betul terletak ke dalam soket di samping memberi sokongan kepada kesihatan belakang penggendong. Kaki dan pinggul bayi tidak seharusnya terjuntai ke bawah atau tegak melurus.”

Ergobaby 360 Carrier Empat Posisi

Ergobaby 360

Rekaan inovatif penggendong 360 memaparkan tempat duduk berstruktur untuk memberi sokongan kepada bayi dalam kedudukan yang ergonomik dan mengekalkan kedudukan pinggul dan tulang belakang yang baik. Tempat duduk yang berbeza daripada kebiasaan ini direka dengan kelebaran yang boleh dilaraskan untuk memastikan keselesaan bayi dan kedudukan pinggul yang sihat pada empat kedudukan mendukung. Penggendong ini mengetengahkan sokongan belakang yang boleh dibuka dan hud yang boleh dilaraskan serta rekaan baru tali pinggang yang selesa untuk ibu bapa dan direka untuk dipakai dalam pelbagai kedudukan di bahagian pinggang bagi memastikan bayi sentiasa pada paras kendongan yang membolehkan si kecil itu dicium. Kemuncak kepada 360 Carrier ini adalah pilihan untuk mendukung bayi anda sama ada bayi menghadap ke hadapan, menghadap ke dalam, belakang dan pinggul untuk fleksibiliti.

360 Carrier kini boleh didapati dalam dua warna: Hitam dan Kelabu. Ia berharga RM689.

Ergobaby Wrap

Ergobaby Wrap

Ergobaby Wrap pula mengetengahkan bahan inovatif 4D StretchTM yang meregang dalam empat arah bagi menyediakan pemakaian sempurna untuk ibu bapa dan bayi. Bahan yang unik ini mempunyai rasa mewah dan bergerak dalam setiap arah untuk keselesaan. Direka khususnya untuk bayi baru lahir dan bayi, Ergobaby Wrap menyediakan sokongan berpanjangan yang sesuai untuk pemakaian yang lama tanpa bimbang ia melendut. Bahan 4D StretchTM yang unik itu kuat namun fleksibel justeru dengan jumlah regangan yang tepat, ia mudah diikat dengan baik. Rekaan yang ergonomik itu menyediakan keselesaan luar biasa untuk bahagian bahu, pinggang dan belakang kedua-dua ibu bapa dan bayi. Apabila tidak digunakan, Ergobaby Wrap boleh dilipat ke poket simpanan hadapan untuk kemudahan ketika mengembara.

Ergobaby Wrap didapati dalam dua warna: Eucalyptus atau Pepper dan berharga RM349.

Ergobaby Swaddler

Ergobaby Swaddler

Ergobaby Swaddler dicipta untuk menggalakkan kedudukan pinggul dan tangan yang sihat untuk keselamatan dan keselesaan tidur yang tidak dijangka. Ergobaby Swaddler membantu untuk mengekalkan pinggul bayi dalam kedudukan “kaki katak” yang betul secara ergonomik, seperti yang disarankan oleh doktor. Ergobaby Swaddler juga menandakan perluasan jenama tersebut dari segi inovasi rekaan ergonomiknya kepada kategori produk baru. Ergobaby Swaddler yang baru ini merupakan selimut mesra pengguna yang menggalakkan tidur yang lebih lama, selamat dan selesa untuk bayi yang baru lahir dan bayi sehingga usia 6 bulan.

Ergobaby Swaddler boleh didapati dalam dua saiz: Kecil/Medium dan Medium/Besar, dengan dua pilihan warna: Biru dan Merah Jambu. Setiap pek mengandungi dua selimut berharga RM189.

Dapatkan Ergobaby di Mothercare, Fabulousmom, Little Whiz, Bebe Totz, Baby Invasion, Bebehaus dan kedai ibu dan bayi terkemuka yang lain.

www.ergobaby.com

www.bloomandgrowasia.com

www.facebook.com/ergobaby

xoxo!


sign5

1 comment on “Koleksi Terkini Ergobaby

  1. Pingback: Ergobaby 360 Baby Carrier 4 Posisi Untuk Adam - Ruby.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge