Lengkapkan Hari Anda Dengan Secawan Marrakech Tea

Teh memang sinonim dengan kehidupan Ruby, malah kalau tidak menikmati secawan teh pasti “mood” tidak stabil. Mula lah nak marah la, nak meradang. Hahaha. Bila minum secawan teh panas, fuhh lega.. Jom ruby ingin kongsikan cerita Ruby nikmati Marrakech Tea selepas seharian sibuk bekerja. Tidak kira masa, teh memang sesuai diminum pada bila-bila masa.

Ya ruby lebih gemar teh dari kopi atau mana-mana kafein yang lain. Kerana teh ni mudah. Uncang dan gula, jika nak kelainan perah lemon, limau kasturi, limau nipis atau letakkan lima helai daun pudina. Hurrmmmm.. Wangi dan sedap. Tapi ambil masa lama, jerang air panas, uncang teh bersama gula, tuang air panas, kacau-kacau, masukkan lemon dan daun pudina. Kemudian kena rasa lagi, kot terlebih gula ke kan? Kalau dengan Marrakech Tea dari NESCAFE? Dolce Gusto lagi mudah. Hanya menggunakan kapsul Marrakech Tea. Teh anda sudah siap dalam masa beberapa saat sahaja! Rasa pun seimbang, warna menarik, sedap diminum panas-panas. Paling best, sekali hirup dah terus relax minda. Tenang dan terus tumpu menikmati secawan Marrakech Tea. 🙂

 

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

Marrakech Tea dari Nescafe Dolce Gusto menggunakan gula, Serbuk Ekstrak Teh Hijau (3.4%), Perasa Pudina Asli, Minyak Sayuran (Kelapa, Kelapa Sawit). Adunan terperinci bersama campuran kesegaran teh hijau, pudina dan kemanisan yang memberikan kesempurnaan rasa teh Maghribi kepada penghirup teh.

Marrakech Tea

Sedikit sejarah tentang Marrakech Tea, budaya minuman teh Maghribi diamalkan di Marrakesh, teh hijau dengan pudina dihidangkan dengan gula dari teko muncung melengkung ke dalam gelas kecil.

Kita semua sibuk mengejar kerjaya dan menyiapkan tugasan. Sehinggakan masa untuk diri sendiri kita lupa. Sampai bila kita nak kerah tenaga yang ada? Kebiasaan Ruby buat kerja sampai terlupa makan dan minum. Bila letih hanya tidur sahaja. Bangun tidur pun terus duduk depan laptop. Hakikatnya kerja tidak akan habis, walau sepantas mana kita mengejar kesempurnaan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

Kitaran kehidupan kita juga akan bertambah, dari bujang dan berkahwin. Kemudian memiliki cahaya mata. Bayangkan betapa letihnya minda, fizikal dan emosi kita. Sewaktu bujang pastinya semua boleh dilakukan kerana kita tidak banyak tanggungjawab, mungkin tanggungan masih lagi dibawah tajaan ibu bapa. Tetapi bagi anda yang suka berusaha sendiri, ruby pernah melalui saat itu sehinggalah sudah berumah tangga. Ruby suka berdikari.

Kini, Ruby sudah belajar untuk menikmati kehidupan dengan memberi ganjaran kepada diri Ruby dengan menikmati secawan teh panas sewaktu awal pagi sebelum memulakan kerja, sambil tinjau email, buka facebook, baca berita secara online. Just relax memulakan hari yang sibuk. Untuk panaskan enjin. Hehehe.

Kemudian nikmati Marrakech Tea setelah selesaikan 1 tugasan. Bayangkan sehari kalau ada banyak tugasan. Maka berapa cawan Marrakech Tea diperlukan??? Tugasan bukan siap dalam masa 2, 5 jam ya. Mungkin dari pagi sampai ke petang. Begitulah rutin seharian Ruby.

Itu baru bahagian kerjaya, bagaimana pula sebagai suri rumah tangga? sebagai ibu? sebagai isteri? sebagai anak?Tak perlu serabutkan fikiran, nikmati kehidupan semudah anda menikmati Marrakech Tea. Teh Hijau dan Daun Pudina sangat membantu menenangkan Ruby. Hehehe. Stress kalau kita teruskan kerja dengan keadaan penat.

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

Bagusnya rumah Ruby ni sentiasa ada makanan. Hehehe. Nikmati secawan Marrakech Tea dengan biskut kering, kek keju, tart nanas, kuih muih dan biskut raya. Semuanya boleh!

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

Inilah cara Ruby menikmati Marrakech Tea. Bagaimana anda pula? Marrakech Tea mengandungi 16 kapsul yang dijual pada harga RM27.99 untuk setiap kotak.

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

Direka dan dipasarkan bersama KRUPS, salah sebuah pendahulu dalam industri pengeluaran mesin espreso mewah, NESCAFE?® Dolce Gusto® amat menarik perhatian sama ada dari fungsinya mahupun rekaan. Menggunakan teknologi kapsul pintar berpaten yang mampu mengoptimumkan pengekstrakan tekanan, teknologi berinovatif itu menawarkan versatiliti kepada para pencinta kopi bagi menghasilkan secawan espreso sempurna termasuk buih susu sempurna dengan mudah, satu sistem bebas penyenggaraan. Terdapat lebih 18 variasi minuman ala kafe disediakan termasuk Espresso Intenso, Grande Intenso, Cappuccino, Latte Macchiato, Cafe? au Lait, Chococino, Caramel Latte Macchiato, MILO, Marrakech Tea dan eksklusif secara dalam talian iaitu Green Tea Latte, Cappuccino Ice, Chai Tea Latte, Lungo, Espresso, Espresso Ristretto, Tea Latte, Mocha dan Vanilla Latte Macchiato.

Dapatkan Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea di pasaraya berhampiran anda! Sekarang ada promosi hebat sempena raya.

Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea Nescafe Dolce Gusto Marrakech Tea

www.dolce-gusto.com.my/raya

www.facebook.com/DolceGustoMalaysia

#MyDolceGusto

xoxo!

sign5

 

4 comments on “Lengkapkan Hari Anda Dengan Secawan Marrakech Tea

  1. Pingback: Pemenang Saguhati Peraduan Nescafe Dolce Gusto - Ruby.My

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge