Menu Ramadhan 2014 – Fish & Co Malaysia

      1 Comment on Menu Ramadhan 2014 – Fish & Co Malaysia

Bersempena dengan bulan Ramadhan, Fish & Co Malaysia turut menyediakan hidangan berbuka puasa yang lazat dan mengikut citarasa mereka yang berpuasa. Anda sedia maklum bahawa hidangan makanan laut dari Fish & Co. Malaysia sememangnya yang terbaik malah segar! Untuk bulan Ramadhan ini, Fish & Co. Malaysia telah menyediakan pakej khas bagi mereka yang ingin berbuka di sini. Menu ringkas dan pasti kenyang ini mendapat sambutan hebat dari awal Ramadhan lagi. Set RM 64.95 untuk dua orang dewasa sangat menjimatkan dan kenyang!

Fish & Co. Malaysia

Bila pakej menu dari Fish & Co. Malaysia begini, Ruby lebih suka berkongsi dengan suami. Kami makan Grilled Peri­peri Chicken bersama Ikan Artik dan Seasonal Catch dengan pilihan Sambal atau Sos Teriyaki Pedas.

Fish & Co. Malaysia

Grilled Peri­peri Chicken bersama Ikan Artik. Suatu ketika dulu ruby pernah bekerja di restoran makanan laut. Dari potongan ikan artik yang disajikan diatas ruby rasa ini ikan Pollock. Kalau kebiasaanya kita panggil Ikan Putih. Isi ikan ini kenyal-kenyal lembut seperti daging. Kalau makan sebagai fish n chips ruby lebih suka ikan ini berbanding ikan dori. Hehehe.

Hidangan Grilled Perperi Chicekn bersama Ikan Artik iaitu Pollock mengenyangkan! Ruby lebih suka hidangan ini kerana ada ayam, ikan, coleslaw dan kentang goreng! Sangat kenyang dan lazat!

Fish & Co. Malaysia

Hidangan Seasonal Catch bersama Sos Teriyaki Pedas yang hanya menawarkan nasi, kentang lenyek dan ikan. Ia menu sesuai bagi mereka yang gemarkan nasi atau ingin diet? Hehehe. Tetapi kedua-dua hidangan diatas sesuai dikongsikan kerana ikan artik yang digoreng dan dimakan bersama nasi memang sedap! Hahahaha.

Fish & Co. Malaysia

Set ini juga dihidangkan bersama 2 minuman segar iaitu Mocktails Summer Coolers.

Fish & Co. Malaysia Fish & Co. Malaysia

Manakala pencuci mulur, anda akan diberi sepotong Triple Chocolate Cake. Kek Coklat ini sangat ummpp.. Susah nak digambarkan! Sedap dan pekat! Terasa nikmat makan coklat.

Fish & Co. Malaysia Fish & Co. Malaysia

Rasa-rasanya cukup tak hidangan ini? Hehehe.. Terlebih kenyang tau! Tetapi jika anda penggemar udang goreng! Boleh tambah Prawn Fritters yang bernilai RM 8.95 sahaja!

Fish & Co. Malaysia

Prawn Fritters di Fish & Co. Malaysia sangat sedap! Udang segar dan gebu! Makan 5 ekor udang ini memang tidak cukup! Hahaha. Memang sedap. Serius ruby tidak tipu. Hehehe.

Kesemua hidangan diatas bernilai RM 64.95 dan RM 8.95 sahaja! Jom cuba Ramadhan Menu dari Fish & Co. Malaysia cawangan 1Utama Shopping Center, Paradigm Mall, Pavilion KL dan The Mines sehingga 27 Julai 2014. Dari 1 Julai 2014 setiap Fish & Co. Malaysia Ramadhan set di Pavilion KL, Paradigm Mall dan The Mines akan menerima Fish & Co. sampul raya paket. Sesuai untuk persediaan sampul duit raya anak-anak sedara nanti.

Fish & Co. Malaysia Fish & Co. Malaysia Fish & Co. Malaysia

 

www.fish-co.com.my

www.facebook.com/FishNCoMY

www.instagram.com/FishNCoMY

@FishNCoMY

xoxo!

sign5

1 comment on “Menu Ramadhan 2014 – Fish & Co Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge