Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Apa yang syok tentang Daily Fresh adalah jagung rebus dan waffle. Itu memang kegemaran Ruby. Sebab kebiasaanya berhenti di hentian rehat mesti nak makanan yang cepat siap. Jadi pilihan Ruby adalah jagung rebus dan waffle. Hehehe. Tidak sangka pula Daily Fresh ada pelbagai makanan yang disediakan. Ada Wafito, IceKimo, Gelato Tempo, Cupcorn dan Popcorn. Harga semua mampu milik dan siap dengan set hidangan bersama air lagi. Sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba, Daily Fresh menyediakan Promosi Daily Fresh Pop Corn dan Gelato Tempo. Gelato Tempo RM 4.90 dan PERCUMA topping. Manakala Pop Corn beli 2 box dan dapat 1 box Pop Corn yang telah dicampur dengan lima perisa berlainan!

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Promosi-Daily-Fresh-Popcorn-Dan-Gelato-Tempo-14

Daily Fresh Popcorn

 

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Pop Corn The Secret Pop mempunyai lima perisa berbeza! Ruby suka semua sebab kebiasaannya beli popcorn perisa sama je di panggung wayang kan. Kali ini ada Black Sesame, Seaweed, Honey Dew, Spicy Curry dan Caramel. Bermula dari 27 Jun 2014 hingga 4 Ogos 2014, beli 2 bekas Popcorn dan anda akan dapat 1 Popcorn yang dicampur dengan kesemua lima perisa. Hehehe. Jadi harga Popcorn mengikut perisa seperti berikut.

Black Sesame RM 6.90
Seaweed RM 6.90
Honey Dew RM 6.90
Spicy Curry RM 6.90
Caramel RM 7.90

Dapatkan Pop Corn di cawangan Daily Fresh berdekatan anda!

Daily Fresh Popcorn Outlet

 

Daily Fresh Gelato Tempo

 

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Promosi-Daily-Fresh-Popcorn-Dan-Gelato-Tempo-17 Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Gelato Tempo adalah ais krim dari Italy. Sedap dan sangat sesuai untuk cuaca panas. Jika singgah di R&R wajib beli Gelato Tempo ni. Perisa kegemaran Ruby adalah Dark Chocolate. Hehehe. Harga Gelato Tempo adalah RM 4.90 dan anda diberi topping percuma! Promosi istimewa ini sehingga 4 Ogos 2014! Jadi, inilah masanya mencuba Gelato Tempo! Perisa ada macam-macam perisa, ada 10 perisa keseluruhannya! Yogurt Original, Yogurt Mango, Yogurt Strawberry, Dark Chocolate, Chocolate, Cookies, Strawberry, Mango, Green Tea, dan Black Sesame.

Dapatkan Gelato Tempo di cawangan Daily Fresh berdekatan anda!

Daily Fresh Gelato Tempo Outlet

Daily Fresh Wafito

 

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Wafito memang kegemaran ruby! Permulaan ruby tahu makanan bernama waffle ini adalah dari Daily Fresh masa zaman sekolah dulu. Balik dari sekolah naik LRT, nampak kiosk Daily Fresh mesti beli 1 set waffle dengan perisa strawberry dan chocolate! Perghhh memang terbaik! Masa tu waffle rasa vanilla je yang ada, di Daily Fresh panggil Wafito Classic. Sekarang waffle Daily Fresh ada Wafito Premium, wafito jenis ini menawarkan perisa Coco Deluxe, Pandan, Coffee dan Mocha pada kulit waffle tu. Konsep masih sama, anda boleh pilih jem ikut selera. Jem ada strawberry, chocolate, peanut butter, mayonaise, kaya pandan, malah boleh letak kepingan cheese, taburan chicken floss atau kismis. Huyooo hebat betul ni. Memang kenyang la makan waffle kalau begini gayanya. 

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Harga Wafito Classic adalah RM 3.30. Manakala Wafito Premium RM 4.30.

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Nyumm Nyumm, dari kiri Veronica, Madi dan Ruby!

Daily Fresh Cup Corn

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Di Daily Fresh banyak inovasi dan perubahan telah dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Kadang-kadang pelanggan sendiri yang memberi idea kepada Daily Fresh, maka jadi lah Cup Corn berperisa lazat seperti campuran cup corn dengan susu pekat, garlic cheese, spicy dan mayonaise. Kegemaran ruby bila beli Cup Corn, ruby akan beli 2 cawan. Satu cup corn garlic cheese dan satu lagi adalah spicy. Campurkan kedua-duanya. Pergghh sedap! Hehehe.

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Harga satu cawan cup corn biasa RM 3.30. Jika anda ingin menambah susu pekat, garlic cheese, mayonaise atau spicy harga hanya RM 3.80 sahaja. Hehehe.

Daily Fresh IceKimo

Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo Promosi Daily Fresh Pop Corn Dan Gelato Tempo

Beza Daily Fresh IceKimo dengan Gelato Tempo sudah semestinya dari tekstur ais itu sendiri. IceKimo adalah ais yang dikisar halur. Bukan macam Ais Batu Campur tu, tapi macam salji! Nipis dan ringan je rasa. Kalau masuk mulut dah hilang terus. Hahaha. Kalau taknak hilang terus, Daily Fresh menyediakan topping yang membuatkan anda boleh kunyah-kunyah. Contohnya topping nata de coco tu ke? Hehehe. Ice Kimo ada perisa Mangga, Soursop, Strawberry, Nanas, Tembikai Susu, Chocolate, Vanilla dan Mocha. Ruby suka Nanas bersama Nata de Coco. Sedap masam-masam manis. Harga Ice Kimo RM 4.20 secawan. Murah kan?

Promosi-Daily-Fresh-Popcorn-Dan-Gelato-Tempo-15 Promosi-Daily-Fresh-Popcorn-Dan-Gelato-Tempo-16

Bagi ruby harga di Daily Fresh sentiasa berpatutan. Walaupun harga sudah murah, Daily Fresh mengadakan promosi sepanjang bulan Ramadhan ni.

Raya Pop Corn Gelato Display Board 1

10424281_488400977972276_8694170061227297202_n

Beli mana-mana perisa Popcorn anda akan mendapat bag dan sampul duit raya dari Daily Fresh. Dapatkan segera!

Bagi pembaca blog www.ruby.my, ruby ingin memberi e-voucher kepada anda yang meminati cup corn. Anda perlu print e-voucher ini dan berikan kepada pekerja Daily Fresh dimana-mana cawangan Daily Fresh. Di R&R, pusat membeli belah atau di hentian pengangkutan awam. Semua yang ada Daily Fresh anda boleh kemukakan e-voucher ni. Print lah banyak-banyak. Tetapi satu kali pembelian dalam satu resit hanya layak guna satu kali sahaja e-voucher ini. Hehehe.

Ruby percaya ramai penggemar product Daily Fresh akan beli makanan secara banyak-banyak. Macam famili ruby sendiri kalau berhenti di R&R, angah nak Wafito dua jenis, adik nak Cup Corn, mak nak IceKimo dan ruby Gelato Tempo. Jadi memang dah lebih dari RM 8 kan? Tunjukkan e-voucher dibawah ini dan Cup Corn adik dapat secara PERCUMA! Hehehe. Bijak tak?  Jangan lupa print e-voucher ni tau.
DF e-Voucher - Rabiatul Adawiyah (1)

www.facebook.com/DailyFreshMalaysia

www.dailyfreshfoods.com

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.