Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Bila musim Piala Dunia FIFA pastinya anda semua sanggup berjaga malam untuk menonton secara langsung selama 1 bulan perlawanan bola sepak. Negara mana anda sokong dan dimana anda tonton tidak menjadi masalah kerana kita ingin enjoy menonton bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Hehehe. Ruby pada awalnya menyokong Spain, tetapi bila awal-awal permainan mereka seperti tidak bertenaga. Jadi ruby lebih tertarik dengan cara permainan Netherlands yang lebih lincah dan fokus! Go Belanda!!! Hehehe.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Kejohanan tahun ini sungguh mengejutkan dan mengujakan. Negara-negara terkenal yang telah memenangi pelbagai Piala telah dikalahkan oleh pasukan-pasukan yang tidak begitu popular. Dengan kejatuhan pasukan gergasi dan kemaraan pasukan yang tidak dijangka memberikan drama dan aksi mencemaskan, kejohanan ini pasti akan menjadi semakin menarik.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Peminat bola sepak boleh bergembira tahun ini apabila Trad3mark mempersembahkan D’Football Festival, parti menonton perlawanan bola sepak bagi peminat sukan yang paling menarik di dunia ini yang akan diadakan di Central Park Avenue One Utama. Pada 13 Julai ini bermula 6pm, para peminat bola sepak boleh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati kemeriahan selama 12 jam yang membawa kepada acara kemuncak perlawanan akhir di Brazil. Pengunjung festival boleh menikmati pengalaman interaktif 360° dengan pelbagai aktiviti yang pastinya menambah keseronokan dan semangat untuk menyaksikan perlawanan tersebut. Selain daripada aktiviti aktiviti-menarik, pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan daripada vendor terkenal supaya tiada siapa yang akan lapar ketika menyaksikan perlawanan.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Penganjur festival, En. Chan Shijin, Pengarah Urusan Trad3mark berkata, “Ini merupakan salah satu masa di mana seluruh dunia berkumpul untuk meraikan sukan yang begitu menarik iaitu bola sepak, menyokong pasukan pilihan mereka bersama rakan-rakan dan peminat bola sepak yang lain. Dengan D’Football Festival, matlamat kami adalah untuk mengumpulkan semua orang di bawah satu bumbung bagi menyaksikan menikmati perlawanan yang hebat sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik bersama penyokong-penyokong lain. Tiada suasana yang lebih baik berbanding ribuan peminat berkumpul untuk menyokong pasukan kegemaran mereka dan ditambah pula dengan skrin yang besar, pelbagai pilihan makanan dan aktiviti, ia pasti menjadi pengalaman menonton perlawanan bola sepak yang unik.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Antara aktiviti menarik yang akan disediakan adalah Robo-keeper. Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, peminat boleh cuba mencabar Robo-keeper yang mampu menjaga gol sehingga pemain bola sepak yang terbaik sekalipun tidak dapat menjaringkan gol. Pengunjung yang berani menyahut cabaran akan diberikan hadiah yang sangat menarik. Terdapat juga hadiah utama sebuah kereta Mini Cooper Countryman yang menanti seorang peminat bertuah yang dapat meneka jumlah bola sepak yang diisi di dalamnya. Tekaan yang tepat atau paling hampir akan memenangi kereta tersebut.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014 Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Sudah tentunya setiap festival memerlukan persembahan muzik. Dihoskan oleh Jun Yong dan Hunny Madu, festival ini akan membawakan persembahan tanpa henti daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa yang bakal menghiburkan pengunjung festival sehingga perlawanan berakhir. Nantikan persembahan daripada DJ Patricia K, DJ Nick Haydez dan Indiego & Co serta persemabahan artis-artis tempatan seperti Darren Ashley, Paperplane Pursuit, OJ Law, Hunny Madu dan Kyda serta artis-artis Kartel, Joe Flizzow, Sonaone dan Altimet, diikuti oleh persembahan utama daripada kumpulan electropop Australia, Van She. Saksikan juga pertunjukan api daripada artis api yang berbakat, Psycusix dan sebuah persembahan bertemakan Brazil.

Untuk menjadikan keseluruhan pengalaman ini lebih menarik dan dapat diingati, aktiviti-aktiviti lain seperti melukis wajah, penghibur yang memakai jangkungan (stilts) dan persembahan bola sepak gaya bebas turut disediakan.

Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014-10

Semua pengunjung festival mestilah berumur 18 tahun ke atas ketika menghadiri acara ini.

Kemasukan adalah PERCUMA!

www.facebook.com/dfootballfestivalmy

xoxo!

sign5

3 comments on “Raikan Kejohanan Piala Dunia Di D’Football Festival 13 Julai 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.