Tembus

Kisah sepasang suami isteri miliki segala kemewahan, kejayaan duniawi sehingga terlihat kesempurnaan mereka sukar ditembusi anasir luar, namun rupanya tanpa sedar ada riak diri segala perancangan hidup sang isteri buat keluarga, mewujudkan lubang lubang kecil untuk dugaan besar menembusi dengan membawa lari satu satunya zuriat pengikat kasih mereka. Ketika itu, doa dan cinta sejati mampu menewaskan segala duga.

Tembus

SINOPSIS:

HARI SYAH (37) seorang lelaki yang memegang tanggungjawab besar dalam mengotakan janjinya untuk melihat rumahtangga semakin dilimpahi kemewahan dengan mengizinkan isteri tersayang iaitu NURIZZA(34) menerajui kerjaya mereka dan menyusun segala aturan rumahtangga. HARI pernah usaha tetapi gagal dan kejayaan terbit semula apabila IZZA bijak membangunkan syarikat mereka.

Di mata masyarakat, HARI dan IZZA ialah pasangan ideal yang sukses dalam rumahtangga dan kerjaya. Tiada pernah gossip meliar sampai. Tiada apa yang mampu tembus dunia peribadi mereka. Hasil perkahwinan dikurniakan seorang puteri yang cantik dan bijak iaitu NURZARA (6). Kejayaan ini diiktiraf pula apabila IZZA menerima anugerah usahawan wanita berjaya tahun ini.

Apa yang semua tidak tahu, ada kekosongan dalam segala kemeriahan kemewahan hidup mereka. Dan kekosongan itu yang mudah ditembusi oleh nafsu dan gangguan negatif untuk menguji. Dan yang diuji ialah HARI. Hasil rahsia kecundang HARI itu terbongkar dan kini ujian buat IZZA pula untuk menghadapinya. Cemas bermula apabila ZARA diculik. Dan penculikan misteri itu yang membongkar dan terluahnya segala konflik dalaman yang selama ini dipendam baik dari HARI, juga dari IZZA sendiri, juga dari orang sekeliling yang rapat dengan mereka.

Tembus

Pencarian ZARA menduga kewarasan, kasih sayang dan kesetiaan antara mereka. Percaya kepada kejujuran juga terbacar. Dan ketika pencarian tersingkap satu persatu jawapan dan rahsia sebalik dan disebalik dari pada yang disangka oleh HARI dan ZARA sendiri. Rupanya ada dendam dan aniya nasib seseorang yang tidak terbela dan ada kekecewan lampu seseorang itu, yang membabitkan segala masalah buat HARI dan IZZA. ZARA pula hanya mangsa kepada yang sasaran sebenar.

Ketidakjujuran, keterlanjuran HARI ketika jiwanya sepi, sifat ambil mudah dan kerja kuat IZZA untuk mencapai kejayaan kesenangan buat keluarga, perlu mereka hadapi dan pencarian ZARA bagai menjadi kunci untuk kembali eratkan hubungan HARI dengan ZARA yang memang sudah agak dingin. Dan terbongkar siapa yang benar jujur damping mereka dan siapa yang berpura luaran dengan imej baik semata. Apapun keseluran kisah ini menjelaskan tiada siapa yang bersalah,namun yang menjadi sesuatu itu salah kerana tidak benar ketika ia sedang berlaku. Maka salah jadinya segala perbuatan.

Adakah ZARA dapat ditemui atau dia menjadi salah seorang mangsa kes penculikan anak anak? Adakah mampu HARI dan IZZA menembusi benteng yang mereka bina sendiri. Adakah yang salah menerima akibat rasa dendamnya dengan hukuman yang sepatutnya.

 

Diarahkan oleh AHMAD IDHAM (LARI, CINDERELLA, MAEL LAMBONG) manakala skrip dihasilkan oleh SITI JASMINA, akan melalui proses pengambaran secara digital sepenuhnya. Ianya memaparkan kisah pasangan suami isteri berkerjaya dan cukup berjaya dalam hidup mereka, namun, semuanya berubah apabila anak tunggal kesayangan mereka hilang. Sepanjang mencari jawapan mengenai kehilangan anak mereka, kebenaran semakin terbongkar.

TEMBUS dibintangi barisan pelakon popular dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu AARON AZIZ (LARI, OMBAK RINDU), FAZURA (GOL & GINCU, KAYANGAN, PISAU CUKUR), LUNA MAYA (HI5TERIA, MY BLACKBERRY GIRLFRIEND), MIA SARA (PAPA I LOVE YOU, SEKALI LAGI), KHIR RAHMAN (ROCK OOO, HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, LEMAK KAMPUNG SANTAN), dan EIZLAN YUSUF (PISAU CUKUR, PILOT CAFÉ)

AZLAN SHAH JAFFRIL dan AHMAD IDHAM selaku penerbit, manakala MOHD KASTURI selaku penerbit eksekutif juga ROZNIZA ZAINAL selaku penerbit penyelaras.

Selamat Menonton.

 www.facebook.com/excellent.pictures

xoxo!

 sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.