Transformers: Zaman Kepupusan

transformers_age_of_extinction_2014-t2 Pengarah Micheal Bay meyampaikan filem yang lama dinantikan oleh peminat  francais file Transformers yang mempunyai efek yang menarik. Kali ini, filem ini menceritakan senario setelah 5 tahun peperangan antara Autobot dan Decepticon. Dalam peperangan terdahulu Autobot berjaya menang.

Setelah kemengan, manusia pula yang menghapuskan Transformers tidak kira Autobot ataupun Decepticon. Cerita ini berkembangan di mana seorang pereka cipta Cade Yeager menemui trak buruk dengan niat mahu menjual bahagian-bahagian trak tersebut. Setelah cuba membaiki trak, cade mempercayai ianya adalah transformers rosak. Lebih bagus lagi trak tersebut adalah Optimus Prime.

Optimus Prime kini bersengketa dengan manusia kerana ramai anak buahnya dibunuh oleh manusia. Setelah memperkenalkan diri, rumah Yeager didatangi kumpulan tentera yang memburu Decepticon dan kesemua makhluk asing yang berada di Bumi. Sekarang kesemua ahli Autobots menjadi penjenayah, Cade sekeluarga turut terasa bahangnya keran menolong Optimus Prime melarikan diri. Kumpulan yang memburunya di gelar “Cemetary Wind” yang diketuai oleh Harold Attinger yang mempunyai pertalian dengan pemburu robot bernama Lockdown.

Setelah berhempas pulas menyelamatkan diri, Cade menolong Autobots dengan mencari siapa disebalik dalang untuk kekacauan tersebut. Lalu Cade bertemu dengan Joshua Joyce pemilik dan pencipta yang menggunakan Autobot yang dah mati untuk mengkaji bagaimana transformer berfungsi. Dapatkah Joshua merrungkai segala teknologi transformer??

Secara efek visual, flem ini mengkagumkan dari CGI dan memang menarik walaupun dialog terbatas. Akhir kata, cerita ini adalah sebuah filem yang menggunakan kereta laju, mewah dan bandar sedang dimusnahkan dengan letupan yang berganda-ganda.

Score untuk filem ini, saya bagi 6/10. Jalan Cerita yang agak kucar kacir. Tiada pendahuluan tengtang lockddown, dino bots pula hanya sekejap sahaja. ada sedikit ganguan graphic untuk transformer versi Bumi.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Transformers: Zaman Kepupusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.