Beli Baju Raya Di Zalora

Pengalaman membeli baju secara dalam talian memang ruby tidak pernah buat. Takut nak beli. Buatnya salah saiz dan sendat macam mana? Naya je. Dah le badan tak tentu hala kejap kecil kejap membesar. Hahaha. Lepas tu beli pula baju raya selepas raya. Sebab nak pergi Open House punya pasal. Ekekeke.

Sebenarnya baju suami dan anak dah elok sedondon coklat. Ruby je tiada baju coklat lagi. Kononnya nak pakai baju ni masa Open House rumah family minggu lepas. Nak jadi penyambut tetamu kena lah cantik-cantik. Hahahaha. Tapi! Last minute beli mana la nak sampai courier tu. Ingat beli hari khamis malam jumaat esok tengahari hari jumaat baru sampai? Hahaha. At least bagi dalam 1 minggu la peluang jika membeli belah dalam talian terutama pakaian.

Inilah baju ruby. Akhirnya pakai juga ko wahai baju. Pakai baju ni di Nuffnang Raya Open House. Dah berabad tidak join event Nuffnang, kali ni saje-saje menggamit nostalgia nak jumpa kawan-kawan lama blogger. Abang Nara, Kak Red, Zaid, Audrey dan Kak Ceera Noh. 🙂




Cantik tak? Kalau boleh pakai baju ni dengan heels. Baru nampak cun. Ruby pakai flats sebab nak dukung Adam. Nanti tergolek plak. Hahaha.

Baju ini namanya Paloma Ain Kurung dari LUXE by ETHNIC CHIC. Saiz ruby ambil XL sebab rasa dah mok mok ni ambil saiz XL. Bila la nak saiz S macam kak red tu. Hahaha. Harga promosi baju ni RM 123. Sambar terus! Dah tak tunggu dah. Hahaha. Beli baju raya dari Zalora ni best juga. Banyak pilihan. Tidak perlu nak berasak-asak di pasaraya atau Jalan TAR.

Cumanya warna tu tidak berapa jelas sama ada ikut tema ke tidak.  Kalau macam ruby ada suami dan anak, lebih baik ruby beli baju awal-awal dan kemudian bila dah sampai kat rumah baju tu baru la pergi cari baju sedondon dengan suami dan anak. Wah gitewww.

 

Zalora

 

Ruby beli baju ni hari khamis tengah malam. Jadi hari Isnin baju ni sampai. Kira cepat la juga kan. Sebab ruby C.O.D dengan Ta-Q-Bin. Hohohoho. Suka sangat dengan servis Ta-Q-Bin. Sebab tu asyik-asyik C.O.D.

Nak shopping lagi di Zalora. Bye!

xoxo!


sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Beli Baju Raya Di Zalora

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.