Bertenaga Dengan Semburan Rexona Freshprotect™

Ruby telah menggunakan Rexona sejak zaman sekolah lagi. Masa sekolah dulu memang aktif bersukan. Hoki, bola tampar, bola baling dan segala jenis sukan ruby akan cuba. Permulaan menjadi pengguna setia Rexona adalah kerana tidak tahan bau badan pada ketika itu. Mesti berpeluh masam tiap kali habis perlawanan. Itu baru waktu ko-kurikulum. Kalau waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang hanya ambil masa 1 jam dan kemudian kena tukar ke baju sekolah balik macam mana? Memang mood dah tak best untuk sambung kelas lepas tu. Rasa nak tidur je dalam kelas. Hahahaha. Sebab tidak selesa.

Pada mulanya ruby tahu berkenaan Rexona menerusi iklan di televisyen. Terus ruby minta mak belikan. Hahaha. Sekarang Rexona telah menambah baik kesemua rangkaian Rexona dengan “Rexona for Women with Freshprotect™”.

Rexona Spray for Women with Freshprotect dirumus khas dengan teknologi mikrokapsul (microcapsule technology) yang bertindak balas dengan badan dan membebaskan haruman berpanjangan sekali gus membolehkan wanita aktif menikmati kesegaran sepanjang hari. Rexona Spray with Freshprotect baru ini memudahkan wanita moden menjalani gaya hidup yang sentiasa sibuk. Teknologi dalam Freshprotect memberikan perlindungan tambahan menangani peluh dan bau. Mikrokapsul di dalamnya membebaskan haruman sepanjang hari ketika dia bergerak, sekali gus memberikannya keyakinan untuk melakukan apa jua aktiviti.

Jadi untuk merasa sendiri kebenaran pebaharuan ini ruby menyertai Treasure Hunt anjuran Rexona! Hehehe. Jom!

 

Bertenaga dengan Rexona for Women with Freshprotect

Sebelum treasure hunt bermula, kita sembur dulu ketiak dengan Rexona for Women with Freshprotect. Ruby suka Powder Dry! Kemudian kami diberi kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai sekurang-kurangnya 6 ahli. Akan tetapi kumpulan ruby ada 5 orang sahaja. Hahaha. Girl Power mesti boleh buat treasure hunt walaupun kekurangan ahli.

Bertenaga dengan Rexona for Women with Freshprotect

Permainan pertama yang kami perlu laksanakan adalah membeli produk Rexona for Women with Freshprotect dengan cara hanya ketua kumpulan perlu ingat senarai dan setelah 30 saat dia hafal. Ahli yang lain perlu membeli produk tersebut mengikut kuantiti dan jenis yang sama. Kalau ketua tidak cakap roll on mungkin ahli akan tersilap ambil yang Rexona spray. Nasib baik ketua ingat semua jenis dan kuantiti. Hehehe. Good job!

 

Bertenaga dengan Rexona for Women with Freshprotect

Tugasan seterusnya adalah menghafal ayat yang diberikan, kemudian jawab soalan. Soalan semua berkaitan Rexona la kan. Hehehe. Apa isi kandungan Rexona, sebab apa berpeluh dan banyak lagi. Kemudian tugasan ketiga adalah teka gambar sama. Hah masa ni melompat-lompat la bila satu gambar dan gambar lain betul!

Bertenaga dengan Rexona for Women with Freshprotect

Tugasan seterusnya adalah pecahkan belon. Tapi ini stail terkini. Kita guna dance pad aje! Hahaha. Pijak sampai markah tertinggi! Memang best tugasan ini sebab kena bekerjasama juga. Walaupun seorang je ahli duk pijak-pijak dance pad. Tapi kena bantuan ahli untuk pegang tangan kita agar konsisten memijak. Makin lama makin laju permainan belon tu. Jadi makin laju la kita melompat-lompat!

Tugasan terakhir adalah “Jumpshot Photography” di luar Sunway Pyramid! Yang ini sudah semestinya kami semua suka! Hahaha.

Jadi, anda rasa bagaimana kondisi kebasahan ketiak kami? Hahaha. Nasib baik dah semburkan Rexona for Women with Freshprotect Power Dry tadi. Memang selesa dan bau pun masih wangi!

Bertenaga dengan Rexona for Women with Freshprotect

Dapatkan Rexona for Women with Freshprotect di semua farmasi berdekatan anda! Cubalah! Pasti anda menyukainya!

Rexona for Women with Freshprotect

Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion dan Powder Dry menerusi botol 150ml ini berharga RM11.90 manakala Whitening 150ml berharga RM12.90. Semburan deodoran ini boleh didapati di semua farmasi terkemuka, pasar raya besar dan pasar raya di seluruh Malaysia.

Untuk menyerlahkan teknologi mikrokapsul yang baru dan eksklusif berserta haruman berpanjangan ini, Rexona menganjurkan pameran selama 5-hari di Sunway Pyramid. Para pengunjung berpeluang untuk merasai kuasa mikrokapsul menerusi Semburan Rexona untuk Wanita dengan Freshprotect™ yang baru ini dalam Bilik Bubble yang besar dan Permainan Running Bubble. Pengunjung juga boleh menyertai permainan dan persembahan pentas yang menarik untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

www.facebook.com/RexonaMY

xoxo!

sign5

3 comments on “Bertenaga Dengan Semburan Rexona Freshprotect™

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge