BOBA Wrap Untuk Baby Adam

Masa berpantang dulu, ruby beli Boba Wrap untuk Adam menerusi web One Baby World. Sebelum ruby membeli Boba Wrap, ruby ada la buat survey diantara Boba Wrap dan Moby Wrap. Pastinya orang yang ruby bertanya adalah dengan kak Red. Hahaha. Sebab nampak dia dah guna dua-dua jenama wrap ni. Tanya material, tanya tekstur, tanya panjang, tanya lebar dan bla bla bla. Hahahaha.

Bukannya apa, sebab adam lahir tidak cukup bulan nak beli stroller sekali dengan new born tu agak mahal pula. Dalam masa yang sama ruby bukannya akan selalu guna stroller tu, pastinya akan pangku Adam no matter what. Hehehe. Jadi membazir la pula kan. Walau bagaimana pun stroller diperlukan juga. Mungkin pada umur Adam genap 7 bulan pada 12 Julai 2014.

BOBA Wrap Untuk Baby Adam

Ruby beli secara dalam talian, harga Boba Wrap corak Stardust RM 160.20 seunit. Ada macam-macam warna dan corak, tetapi ini menjadi pujaan hati ku. Hahahaha. Ibarat berkilaunya Adam ketika dilahirkan.

Dari Adam lahir sampai la dah 7 bulan (5 bulan) sekarang ni, Ruby menggunakan Boba Wrap. Pergi event bawa Adam pakai Boba je. Sekarang Adam dah 7 kilogram, masyaAllah nak tercabut tulang ni. Hahaha. Sampaikan ada PR, rakan media dan blogger kesian dengan Ruby sebab nampak penat sangat bawa Baby. Tetapi bila memakai Boba dengan cara yang betul dan ketat, secara automatik ia akan selesa dan menyokong tulang belakang Ruby. Paling best bila Adam masuk dalam Boba ni dia akan lena! Cepat je dia tido. Seronok kot Kangaroo Care ni. Hehehe.

Ini gambar terkini Ruby memakai Boba Wrap sewaktu berjalan ke Jalan TAR pada malam raya! Hahaha. Dah besar Adam, boleh pakai Boba terjulur kaki gitu.

BOBA Wrap Untuk Baby Adam BOBA Wrap Untuk Baby Adam BOBA Wrap Untuk Baby Adam

 

Jadi ibu-ibu diluar sana, jika ingin membeli Boba Wrap, Mobi Wrap, wrap dari jenama lain atau ingin jahit sendiri wrap tu. Ibu Ibu pastikan fabrik yang digunakan ya. Yang penting memeri sedikit sahaja dan kain sejuk agar bayi tidak panas. Boba Wrap boleh menampung sehingga 16 kilogram berat bayi anda! Bayangkanlah!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “BOBA Wrap Untuk Baby Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.