D’Laman Ayam Penyet Bakar

      3 Ulasan pada D’Laman Ayam Penyet Bakar

Baru-baru ini ruby keluar dengan kak ayu. Perjumpaan kami untuk shooting untuk model Stanza Styliska untuk program Safiyya TV9 tu. Hahaha. Nak dijadikan cerita lepas selesai kerja, kak ayu hantar ruby balik rumah dan ruby ajar la jalan mudah untuk ke rumah ruby. Dalam perjalanan nak ke Gombak Setia, kak ayu tunjuk kedai ayam penyet sedap Restoran D’Laman Ayam Penyet Bakar bersebelahan Balai Polis Gombak.

Restoran D’Laman menyajikan pelbagai makanan dari set penyet ni. Macam-macam ada. Tetapi ruby tertarik nak cuba Ayam Penyet Bakar. Dalam keadaan blur bertanya “ayam penyet satu bang”. Abang tu tanya ruby balik “nak yang mana?”. Kemudian dia bagi bakul kuning besar. Dalam hati.. Eh aku nak makan untuk seorang je. Hahaha.

Dah pilih ayam bahagian besar, dia tanya “nak goreng ke bakar?” Ruby pun cakap la. “Ni bukan dah goreng ke ayam ni? Kalau pilih goreng makan macam ni ke?”. Abang tu sambil senyum terangkan kat ruby. Yang goreng kita akan penyet kan ayam ni dan goreng garing sekali lagi. Yang bakar kita akan penyet ayam ni lepas tu goreng dan kemudian bakar atas kuali leper bersama sos kicap bawang.” Wah menariknya. Ofkoz la ruby nak Ayam Penyet Bakar. Sebab nak tengok cara dia buat. Memang lain dari yang lain. Dah siap masak mereka bungkuskan.

D'Laman Ayam Penyet Bakar D'Laman Ayam Penyet Bakar

Set Ayam Penyet Bakar (Nasi + Tempe + Tauhu Goreng + Timun + Kobis + Sambal Jawa + Sup kosong + Ayam Bakar) – RM 8.

Ayam dia besar! Besar betul sampaikan ruby kongsi dengan suami. Masa pertama kali beli memang la share mcm banyak sangat kan. Bila dah 2, 3 kali beli dah boleh setel makan satu ketul besar ayam tu. Sebab sos kicap tu sedap. Sos kicap ABC tu mereka guna. Lepas tu ada bawang lagi. Nyum Nyum!

D'Laman Ayam Penyet Bakar

Lokasi D’Laman Ayam Penyet Bakar betul-betul bersebelahan Balai Polis Gombak. Ruby sertakan peta mudah seperti diatas dari KL Festival City tu. Dot warna merah tu adalah D’Laman Ayam Penyet Bakar.

Selamat mencuba!

xoxo!


sign5

 

3 comments on “D’Laman Ayam Penyet Bakar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge