Fisher-Price® Play IQ

      1 Ulasan pada Fisher-Price® Play IQ

Fisher-Price®, sebuah syarikat pengeluar mainan bayi dan kanak-kanak yang terkemuka, menekankan kepentingan dalam memberikan kanak-kanak permainan yang bersesuian mengikut peringkat perkembangan bagi membantu mencapai potensi mereka sepenuhnya. Di antara pelbagai permainan berwarna-warni dan suasana yang menarik, Fisher-Price® melancarkan Play IQ di Sunway Pyramid hari ini, sekaligus memberikan penyelesaian kepada para ibubapa untuk memahami perkembangan awal dunia kanak-kanak yang serba kompleks.

Play IQ adalah satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu para ibubapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama: Fizikal, Kognitif dan Sosial & Emosional. Dengan mengenalpasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, para ibubapa dapat mempelajari cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru di samping mengesan kemajuan mereka di dalam bidang-bidang ini.

Fisher-Price® Play IQ-2

Dr. Deborah Weber, Head of Infant Research at FisherPrice® menerangkan lebih lanjut bagaimana Play IQ dapat membantu ibu bapa.

Tiga tunggak utama untuk perkembangan kanak-kanak dan kemahiran yang dibentuk:

Fizikal Play IQ – kekuatan, koordinasi dan keyakinan
Kognitif Play IQ –sifat ingin tahu semula jadi, keinginan untuk belajar, kepintaran dan kreativiti
Sosial & Emosional Play IQ – berkongsi, mendengar dan memimpin

Fisher-Price® Play IQ-1

Dr. Deborah Weber, Head of Infant Research at FisherPrice® and Leong Meiyin, Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. Fisher-Price® melancarkan Play IQ bagi membantu para ibubapa mengenali dan mengesan perkembangan awal anak kesayangan mereka.

 

Apabila bayi sedang bermain, mereka mempelajari mengenai dunia di sekeliling mereka dan membentuk pelbagai kemahiran penting. Lebih banyak mereka bermain, lebih banyak yang Dr. Deborah Weber, Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi di Fisher-Price®, menerangkan idea di sebalik Play IQ: “Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan bayi bermain, malahan ianya berkaitan dengan kesedaran bahawa bayi berkembang mengikuti kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza. Ia juga satu detik penemuan bagi para ibubapa, khususnya ibubapa baru; dengan memahami Play IQ seorang kanak-kanak, mereka akan menemui jejak perkembangan yang lebih jelas. Play IQ membantu dari segi menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh bayi, mengenalpasti peringkat perkembangan mereka dan cara terbaik bagi menyokong mereka ke arah mencapai potensi

Fisher-Price® Play IQ-4

Leong Meiyin, Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. berucap tentang Play IQ, konsep pembelajaran yang menggunakan permainan dari FisherPrice®.

Berucap mengenai wawasan di sebalik Play IQ, Leong Meiyin, Ketua Jabatan Pemasaran, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd., berkongsi, “Melalui permainan, Fisher-Price® telah menjadi sebahagian dari zaman kanak-kanak yang bahagia, pembentukan ikatan kekeluargaan dan memori yang dikongsi dalam tahun-tahun yang lepas. Kami memahami bagaimana para ibubapa, khususnya kaum ibu, menginginkan kebahagiaan, kepuasan dan keselesaan yang terhasil setelah mengetahui tahap pencapaian bayi mereka pada pelbagai peringkat perkembangan. Apabila anak bermain dengan permainan yang menepati peringkat perkembangan mereka, para ibubapa juga turut seronok sambil memerhatikan perkembangan penting yang bakal dicapai oleh anak mereka.”

“Sesetengah ibubapa mungkin tidak memahami bagaimana permainan boleh membantu dalam perkembangan anak mereka. Dengan Play IQ, kami menawarkan suatu konsep dan platform pendidikan yang menunjukkan bagaimana setiap permainan Fisher-Price® telah direka khusus bagi menepati peringkat dan keperluan perkembangan anak yang berbeza,” tambah Leong.

Dalam perkembangan Play IQ seorang kanak-kanak, Dr. Weber menekankan bahawa para ibubapa tidak perlu menunggu sehingga anak mereka berusia lebih dewasa. Perkembangan boleh bermula dari saat kelahiran dengan sesuatu yang mudah – contohnya, tidur yang nyenyak. Apabila bayi sedang tidur, mereka membesar dan berkembang.

“Tidur adalah amat penting untuk perkembangan otak yang akan membentuk asas kemahiran fizikal, kognitif, sosial & emosional kanak-kanak untuk masa depan mereka. Para ibubapa harus memastikan bayi mereka dapat tidur dengan nyenyak agar mereka dapat berkembang dengan lebih baik,” tegas Ketua Jabatan Penyelidikan Bayi Fisher-Price®.

Mengamalkan Play IQ

Apabila merujuk kepada pembelajaran berasaskan permainan, Weber menekankan bahawa permainan adalah pemangkin untuk pembelajaran berkesan serta interaktif dan boleh membuka pelbagai peluang bermakna di setiap peringkat umur. Kanak-kanak belajar dan mengingat dengan baik apabila bermain dengan permainan, kerana ia menarik, berwarna-warni, menyeronokkan dan menawan bagi mereka. Bagi membantu para ibubapa memilih permainan yang betul untuk anak-anak mereka, permainan Fisher-Price® kini ditandakan dengan simbol pengenalan yang mewakili tiga tunggak utama perkembangan anak: fizikal, kognitif dan sosial & emosional.

Fizikal Play IQ adalah apabila seorang kanak-kanak membentuk kekuatan, koordinasi dan keyakinan dengan memberikan beliau permainan yang menggalakkan beliau untuk mencapai, memegang,

bangun dan bergerak. Kognitif Play IQ menggalakkan seorang kanak-kanak untuk menyentuh, merasa, mendengar dan belajar melalui aktiviti bermain. Permainan yang mencetus rasa ingin tahu semulajadi mereka serta keinginan untuk belajar akan membantu membentuk kepintaran dan kreativiti mereka. Sosial & Emosional Play IQ merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berkongsi dan berekspresi dengan yakin sambil bermain. Menggunakan permainan yang betul dan bermain dengan kanak-kanak lain akan membantu kanak-kanak untuk mempelajari kemahiran berkongsi, mendengar dan memimpin.

Fisher-Price® menghidupkan Play IQ melalui laman web yang unik lagi inovatif (www.fisher-price.com/PlayIQ). Laman ini menawarkan pengukuran khusus bagi Play IQ seorang bayi melalui kandungan interaktif, nasihat pakar, permainan serta aktiviti berunsur pendidikan; permainan yang disyorkan bagi bayi berusia 1-24 bulan. Para ibubapa juga boleh mempelajari persona anak mereka (cth. Born Leader, Natural Charmer atau Small World Explorer) serta cara untuk mengambil bahagian dalam mengembangkan Play IQ anak mereka.

Dari 14 hingga 17 Ogos 2014, para ibubapa dan bakal ibubapa dijemput untuk mengenali Play IQ dengan lebih lanjut di pusat aktiviti Fisher-Price® di Sunway Pyramid. Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga disediakan seperti ruang bermain untuk kanak-kanak, gerai foto, Instagram wall, cabutan bertuah dan pelbagai promosi khas.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fisher-Price® Play IQ serta aktiviti-aktivitinya, sila layari

www.fisher-price.com/PlayIQ

 www.facebook.com/FisherPriceSEA.

xoxo!

sign5

1 comment on “Fisher-Price® Play IQ

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge