Konsert You Me At Six Di KL Live

Bila bercerita berkenaan konsert. Dah lama ruby tidak ke konsert. Buat liputan mengenai konsert memang best sebab masa ni baru tahu tahap kehebatan seseorang penyanyi. Tidak kira la penyanyi antarabangsa atau dalam negara sendiri. Kali ini ruby ingin kongsikan informasi berkenaan Konsert You Me At Six Di KL Live. You Me At Six adalah kumpulan penyanyi British yang membawa Genre Rock. Berasal dari Surrey, England.

Kebanyakan lagu mereka berunsur pengalaman kehidupan. Keadaan percintaan dan kehidupan di sekolah tinggi. Kita sedia maklum bagaimana alam remaja. Penuh dengan emosi yang tidak menentu. Jadi bila kumpulan You Me At Six ini nak buat konsert di Malaysia memang ruby rasa nostalgia sangat! Sebab lagu Kiss & Tell dan Finder Keepers tu memang lagu yang sentiasa dalam ingatan suatu masa dahulu. Lebih kurang 5 tahun yang lalu kalau tidak silap. Hahaha.

You Me At Six

Ahli kumpulan You Me At Six terdiri daripada Josh Franceschi, Max Helyer, Chris Miller, Dan Flint & Matt Barnes. Jika anda peminat tegar kumpulan You Me At Six jom ke konsert mereka pada 2 September 2014 di KL Live.

Butiran tiket adalah seperti berikut. RM 98, RM 108, R 138, RM 148, RM 178. Pintu akan dibuka pada 7.30 malam. Beli cepat dan menerusi dalam talian lagi murah berbanding walk in. Jadi dapatkan tiket anda segera tau. Hehe.

You Me At Six

You Me At Six

Online tickets : http://bit.ly/YMASticketpro
List of physical outlets : http://bit.ly/YMASoutlets

http://www.livescape.asia/2014/08/be-there-at-six/

Jumpa anda disana!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Konsert You Me At Six Di KL Live

    […] Seperti anda sedia maklum kumpulan You Me At Six membuat persembahan di KL Live pada 2 September 2014 yang lalu. Persembahan yang sangat mantap dan kumpulan ini terkenal dengan pengikutnya yang tersendiri. Mereka nyanyi lagu apa pun, pasti pengikut pun menyanyi juga! http://ruby.my/2014/08/konsert-you-me-at-six-di-kl-live/ […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.