Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014

      3 Comments on Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014

Rumah terbuka setiap tahun ruby anjurkan. Cuma bertukar-tukar lokasi sahaja. Kerana Mak, Pak Cik Rahman, Mak Teh, Mak Ngah semua berada di Klang Valley. Jadi rumah terbuka akan diadakan selalunya di Damansara. Hehehe. Antara rumah mak dengan rumah pak cik berjiran-jiran je.

Ruby rasa rumah terbuka tahun ini lebih meriah kerana saudara mara datang, rakan sekolah lama mak datang, rakan kerja pakcik datang, rakan kerja suami, kawan-kawan sepupu datang, sepupu sepapat datang, kawan-kawan blog ruby.my pun datang. Kak RedMummy, Kelly Chin, Rakan-rakan blog dari Kelab Blogger Ben Ashaari datang. Abang Ben, Zaini, Fazrol, Lan, Firdaus, Cikali, Hafiz, Angah, Sue, Ty, Fatin dan ramai lagi. Rakan-rakan blog Wakil Denaihati Network juga datang.  Abg Eizil, Kid, Anarm. Food Blogger datang Madi, Nani dan Cik Lily. Dari selepas zohor sampai jam 10 malam baru selesai majlis. Memang lepas tu tuan rumah pengsan. Tapi lepas tetamu pulang kena kemas-kemas meja, basuh periuk belanga dan tray buffet. Hehehe. Dah selesai… Mandi-mandi dan cari bantal tido untuk kroh kroh.

Diantara menu Rumah Terbuka kali ini adalah Rendang Ayam, Rendang Daging, Nasi Impit, Kuah Kacang, Nasi Beriyani, Sambal Sotong, Dalca Kari, Acar Buah, Ayam Goreng Berempah, Lemang, Ayam Masak Merah, Mee Soto Ayam, Mee Rebus. Air minuman Nescafe Tarik, Teh O Panas dan Air Jagung, Teh O Ais Limau. Dah boleh buat kenduri terus kan? Hehehehe.

Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014 Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014

Terima kasih kepada semua yang hadir dan semua ahli keluarga yang terlibat!  Gambar-gambar di sekitar majlis, ruby abadikan di facebook ruby.

Terima kasih yang sudi datang ya! InsyaAllah jumpa di tahun hadapan!

xoxo!

sign5

3 comments on “Meriahnya Rumah Terbuka Aidilfitri 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge