Oriderm Malaysia Produk Berasaskan Hasil Marin

Hari ini nak bincang pasal kecantikan dan produk dari Oriderm Malaysia. Hehehe. Asas kecantikan wajah adalah penjagaan kulit wajah. Apa produk penjagaan kulit yang kita guna dari pelbagai jenama tidak menjadi sebab kenapa kita cantik. Tetapi adakah produk tersebut sesuai dengan kulit kita ke tidak adalah asas yang penting. Kerana bila kulit sesuai dengan produk, anda pasti akan terus membeli dan menjadikan ia regimen penjagaan kulit wajah untuk jangka masa yang lama.

Bagi ruby untuk mencari produk yang sesuai memang susah. Ruby sudah lalui pelbagai ujikaji produk penjagaan kulit wajah. Dari jenama besar-besar, harga mahal dan murah, sesuai untuk remaja, anti penuaan dan regimen penjagaan yang rumit pun ruby pernah guna. Tapi makin teruk pula kulit wajah. Kering dan mula timbul bintik-bintik kecil.

Oriderm Malaysia

Muka tanpa mekap atau sebarang krim. Hahaha. Nampak??

Ruby diperkenalkan Oriderm dari Liza pengacara Malaysia Hari Ini. Beliau juga juruhebah radio Hot FM. Sudah semestinya beliau kena tampil cantik gojes kan. Disamping personaliti yang mesra dan mudah didekati sudah semestinya kulit wajah kena cantik mulus gebu. Hehehe. Jadi, ruby pun cuba la Oriderm ni.

Dua-dua set ruby ambil. Set remaja dan anti penuaan. Set remaja ruby guna waktu siang lepas bangun tidur. Sebab nanti terus keluar pergi kerja dah tak balik rumah. Hehehe. Kemudian Set Anti Penuaan ruby guna pada waktu malam. Lepas balik kerja terus mandi. Masa tu terus guna atau sebelum tidur. Mudah!

Set Remaja / Teenager Set – RM 150

Oriderm Malaysia
1. Clear Mild Wash
• Mencuci atau membersihkan wajah sambil membantu melembapkan lagi kulit wajah.
• Mencerah dan memberi tona kulit yang lebih sekata.

Oriderm Malaysia
2. Clear Balancer
• Bertindak sebagai penyegar dalam masa yang sama menyeimbangi kadar PH kulit wajah untuk mengurangkan keadaan kulit yang terlalu berminyak atau terlalu kering.
• Mengurangkan kesan cela pada wajah

Oriderm Malaysia
3. Clear Repair Essence
• Gel yang dapat melembapkan kulit wajah
• Melindungi kulit dari kesan persekitaran seharian yang menjejaskan kulit wajah.

Langkah pemakaian
Cuci muka terlebih dahulu menggunakan Clear mild wash. Bilas keringkan dengan tuala/kain yang bersih. Titikkan Clear Balancer ke 5 bahagian di muka; dahi, pipi kanan, pipi kiri,hidung dan dagu sebelum meratakan dengan mengurut wajah secara perlahan-lahan menaik ke atas. Clear balancer menyerap dengan mudah dan cepat ke dalam kulit wajah. Terakhirnya, sapu Clear Repair Essense juga dengan cara yang sama. Selesai.


Set Anti Penuaan / Anti-Ageing – RM 280

Oriderm Malaysia
1. Absolute Cleansing Gel
• Gel pencuci yang memberi kesimbangan PH pada kulit wajah
• Mengurangkan kotoran dan kesan cela pada wajah
• Kulit akan lebih mudah menyerap kebaikan setiap kali selepas cucian

Oriderm Malaysia
2. Absolute Hydro Fluid
• Mengaktifkan sel kulit
• Berfungsi mengurangkan kesan parut
• Anti-oksida
• Anti penuaan dan memberi kesan lembap pada wajah

Oriderm Malaysia
3. Absolute Hydro Serum
• Membantu membaiki tekstur kulit
• Melembut, ,melembap dan menyuburkan kulit
• Memastikan kulit wajah sihat dan cerah

Oriderm Malaysia
4. Absolute Hydro Cream
• Melembap dan menyuburkan kulit
• Istimewa kerana formulasinya diekstrak dari tumbuhan marin
• Menjadikan kulit lebih lembut dan cerah

Langkah pemakaian
Cuci wajah dengan menggunakan absolute cleansing gel terlebih dahulu. Bilas dengan tuala/kain yang bersih. Titiskan Absolute Hydro Fluid ke 5 bahagian pada wajah; dahi, pipi kiri, pipi kanan, hidung dan dagu sebelum meratakannya secara menaik pada wajah. Sapu Absolute Serum diikuti dengan Absolute Hydro Cream dengan cara yang sama.

Ulang Tahun ke-25 Spritzer

Ini gambar terkini ruby setelah menggunakan Oriderm selama 1 bulan. 🙂

Hubungi kami di talian 0164224439 untuk keterangan lanjut dan menempah set anda hari ini. Anda juga boleh melihat sendiri KEBERKESAN kami di laman instagram Oriderm_Malaysia.

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Oriderm Malaysia Produk Berasaskan Hasil Marin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.