Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Ini adalah pengalaman pertama kali menyertai Philips Cooking Challenge dan ia juga pengalaman pertama kali memasak yang ada juri! Juri pula chef terkenal. Memang menggigil lutut ni. Boleh pula masa sertai Philips Cooking Challenge ni ruby tertinggal barang-barang untuk masak dan pinggan untuk hiasan tu. Alamak! Memang datang ke Empire Shopping Gallery melenggang la kan. Pisau? Papan pemotong? Sayur? Argghh jangan ditanya! Semuanya beli di Jaya Grocer dan Kitchen Shop. Haha.

Nervous hanya Allah s.w.t je yang tahu. Bila Sidney panggil berkumpul untuk cabut undi siapa ahli pasukan dan bahan asas. Lagi la ketar-ketar lutut. Takut dapat menu yang susah ke, ahli pasukan pula yang tidak serasi ke? Tapi! Alhamdulillah!

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Ruby sepasukan dengan Yen. Beliau salah seorang Fitness First Instructor Winner. 

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Bahan-bahan yang disediakan oleh Philips Malaysia. Hehe. Mana yang tidak ada, boleh beli di Jaya Grocer. 🙂

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Wajib ada Philips AirFryer dan Philips Induction Cooker. Senang je guna peralatan elektrik Philips ni. Hahaha. Punyalah gemuruh jiwa bila pertama kali nak set masa dan suhu AirFryer ni. Hahaha!

Ruby adalah kumpulan no 5. Masa cabutan bahan utama, ruby dapat Chicken Fillet! Ya Allah bila dah habis cabaran memasak dan balik rumah mula la bermonolog dalam hati, kenapa tak masak itu ini. Kenapa tidak buat sos tu. Grrr. Hahahaa.

Chicken Fillet ni senang je. Kita boleh masak macam-macam kan. Tapi disebabkan tidak bawa bahan dan pinggan bagai. Dah kalut bab itu pula. Hahaha. Jadinya kami masak Crispy Chicken Fillet! Hahahaha! Senang giler kan! Takda sos pun, ingat nak buat sos Marmalade. Wakaka! Tapi blur la! Hahaha.

Pergi ke Jaya Grocer cari jem marmalade tak jumpa! Pelik punya penangan gemuruh ni. Bahaya betul. Lain kali buat research siap-siap. Hahaha.

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Inilah hidangan kami. Crispy Chicken Fillet. Ayam tu kat depan je. Yang lelain hiasan kemain meriah! Hahahaha! Itu je yang Ruby dan Yen boleh fikir! Hahaha. Ada yang nak resepi ke? Hahaha.

Resepi

2 Keping Isi Ayam. Kulit, lemak, tulang semua buang tau. Semangkuk Serbuk Roti, Semangkuk Tepung Gandum, 2 Biji Telur Gred A, Lada Putih, Lada Hitam, Garam dan Minyak Zaitun

Cara Masak

Panaskan Philips AirFryer suhu 160°c dan masa 15 minit. Mula-mula perap ayam dengan garam dan lada hitam. 2 biji telur, lada putih dan garam dikacau sampai berbuih. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam telur. Seterusnya masuk ke dalam tepung gandum dan serbuk roti. Dua-dua keping isi ayam ni masukkan ke dalam AirFryer. Tiap 5 minit tengok la AirFryer tu untuk cek ayam masak ke tak. 15 minit kami ambil masa. Siap!

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Inilah Panel Juri di Philips Cooking Challenge!

 

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Chef Zam

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Chef Marina

Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Sidney! Professor Sidney. The Food Blogger. The Mastermind! Hahaha! Terima kasih Sidney untuk peluang yang diberikan! You know ruby tak boleh! Tapi, pengalaman ini sangat manis. Walaupun di tempat nombor 8. Ruby dan Yen seronok sangat! Kami enjoy sangat-sangat!

www.facebook.com/PhilipsHomeLiving.my

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Pemenang No 8 di Philips Cooking Challenge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.