Pemenang Wilayah Selatan Shell FuelSave Challenge 2014

Tahniah kepada pemenang. Ruby pun masih berusaha untuk menyelesaikan semua soalan! Kena cepat ni, kerana pemenang wilayah selatan Shell FuelSave Challenge 2014 telah diumumkan. Cabaran Shell FuelSave anjuran Shell Malaysia telah kembali bagi tahun keenam di Johor hari ini. Acara yang dinanti-nantikan ini bertujuan menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa pilihan pemanduan yang lebih bijak mampu mempertingkatkan kecekapan minyak.

Picture 1 2

Gunasegaran Alageri telah dinobatkan sebagai juara Wilayah Selatan. Selain membawa pulang hadiah tunai yang bernilai RM2,000, beliau juga berpeluang mewakili Wilayah Selatan dalam Pusingan Akhir yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada Oktober. Beliau bertanding dengan sembilan peserta lain dari wilayah Selatan dan mencatatkan 22.09 km bagi satu liter Shell FuelSave 95 sejauh laluan 95 km yang ditetapkan dengan memandu Inokom Elantra 1.6 Sport, kereta rasmi Cabaran Shell FuelSave 2014 yang ditaja oleh Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd.

Gunasegaran yang berasal dari Larkin, Johor, berkata, “Cabaran hari ini banyak memberi manfaat kepada saya kerana saya berpeluang mengalami dengan sendiri betapa senangnya untuk memaksimumkan kecekapan minyak – menerusi pilihan yang lebih bijak dengan menggabungkan penggunaan Shell FuelSave 95 dengan Petua Shell FuelSave. Saya pasti akan mengamalkan petua ini dalam pemanduan saya setiap hari untuk mempertingkatkan kecekapan minyak. Selain itu, saya berasa tak sabar-sabar lagi untuk bertanding dengan tiga lagi pemenang wilayah dalam Pusingan Akhir.”

“Kami berasa amat teruja untuk mengadakan Cabaran Shell FuelSave sekali lagi tahun ini. Ia dapat menunjuk kepada kita bahawa tabiat menjimat minyak yang bijak dapat mempertingkatkan kecekapan minyak dalam keadaan memandu yang sebenar,” kata Jasme Mohd Johan, Pengurus Runcit Wilayah Selatan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd.

“Cabaran ini adalah sebahagian daripada agenda mobiliti bijak kami untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat pilihan pemanduan yang lebih bijak dengan menggunakan Shell FuelSave 95 yang dilengkapi dengan Ramuan Kecekapan Aktif untuk mempertingkatkan kecekapan minyak serta enjin,” tambah Jasme.

Picture 2

Duta Shell FuelSave, Fahrin Ahmad turut hadir untuk memberi sokongan kepada para peserta dengan membuat persembahan bagi menunjukkan Petua Shell FuelSave Colin Chin, saintis bahan api Shell yang tersendiri. Fahrin juga bersorak memberi galakan kepada para peserta dan berkongsi petua penting dengan mereka pada saat-saat terakhir sebelum permulaan cabaran tersebut.

“Saya telah menyertai Cabaran Shell FuelSave sejak ia mula-mula dilancarkan. Saya sangat menyokong inisiatif Shell dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang bijak yang dapat mempertingkatkan kecekapan minyak kereta. Cabaran ini sangat menyeronokkan dan saya berbesar hati kerana berpeluang berkongsi petua menjimat minyak dengan para peserta supaya menjadi pemandu yang lebih cekap,” kata Fahrin.

Shell juga telah memperkenalkan Shell FuelSave Journey, satu aktiviti di laman web yang menyeronokkan untuk para peserta yang menyertai Cabaran Shell FuelSave. Menerusi aktiviti ini, para peserta dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dari segi pilihan yang lebih bijak untuk mempertingkatkan kecekapan minyak, di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ganjaran yang eksklusif. Para peserta masih berpeluang menyertai Cabaran FuelSave FuelSave 2014 dengan menyertai tiga lagi cabaran wilayah yang bakal diadakan di Kuantan, Penang dan Kuala Lumpur.

www.shell.com.my/fschallenge

#ShellFSC

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Pemenang Wilayah Selatan Shell FuelSave Challenge 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.