Pemerah Jus Coway Juicepresso

      5 Comments on Pemerah Jus Coway Juicepresso

Ruby berkesempatan mencuba pemerah jus dari Coway Juicepresso di Plaza Mont Kiara. Cuba la jus buah dari mesin blender mereka. Lepas blender terus air jus keluar dan pulpa pun keluar juga! Wah, tinggal letak cawan untuk tadah minuman jus sahaja! Best!

Berapa kerap kita minum jus segar? Selalunya beli dari pasaraya yang dalam botol siap di pek atau nikmati jus di restoran yang diblender dengan blender besar tu? Campur dengan gula lagi. Hurmmm. Macam tiada khasiat jus la jadinya kan. Kalau tidak manis, kelat pula rasa sebab kebanyakan buah-buahan di restoran tidak segar. Tembikai pun masam. Hurrrmm.

Coway Juicepresso Coway Juicepresso Coway Juicepresso Coway Juicepresso

Coway Juicepresso

Semasa di Coway Juicepresso Truck Roadshow ada 4 jenis jus yang telah disediakan. Sangat sedap dan rasa nak lagi! Tidak terfikir pun nak campur-campur buah-buahan sebegitu. Hahahaha. Selalu kalau air jus betik, hanyak betik je la. Takda nak campur buah lain sebab sedia maklum betik sangat manis! Tetapi dengan Coway Juicepresso mereka telah campurkan buah betik dan nanas! Memang kombinasi yang enak dan lazat! Lagi satu jus yang paling ruby suka adalah buah oren campur madu. Sangat sedap!

Mereka namakan jus mereka sebagai body fresher, eye opener, thirst quencher dan mind relaxing! Campuran diantara buah epal, oren, madu, lobak merah, tembikai, nanas dan betik.

Body Fresher = Orange + Honey

Eye Opener = Apple + Lobak Merah

Thirst Quencher = Tembikai + Nanas

Mind Relaxing = Betik + Nanas

Coway Juicepresso Coway Juicepresso Coway Juicepresso Coway Juicepresso

Ini adalah video instagram yang ruby telah rakam kan.. Memang mudah sangat menggunakan Coway Juicepresso. Selain mudah untuk kita yang dewasa ni. Ia juga sangat sesuai kita lakukan aktiviti membuat jus dengan anak-anak. Coway Juicepresso sangat selamat kerana tempat masuk buah tinggi dan tangan anak-anak tidak muat untuk masuk ke dalam. Mungkin anak-anak ingin buat kejutan untuk ibu bapa dengan menyediakan jus pun sangat okay! Bonding time gitu. Hehehe.

Fungsi Coway Juicepresso juga sangat unik. Ia ibarat mesin perahan jus. Tidak seperti mesin pengisar yang selalu kita lakukan. Masukkan buah ke dalam Coway Juicepresso dan ia akan berputar secara perlahan ke tepi dan buah akan dihimpit untuk menghasilkan jus. Kemudian apabila dihimpit ia akan ditarik ke dalam untuk proses pengasingan pulpa dan jus! Siap! Itulah jus anda!

Coway Juicepresso Coway Juicepresso Coway Juicepresso

Coway Juicepresso Coway Juicepresso

 

Cara mencuci Mesin Coway Juicepresso juga sangat mudah. Gunakan aliran air dan gosok dengan berus yang disediakan! Keringkan dan siap!

Coway Juicepresso

Jika anda ingin mencuba jus dari Coway Juicepresso, jom ke Coway Juicepresso Truck Roadshow sehingga 31 Aug 2014! Rujuk jadual dibawah.

Coway Juicepresso

Dapatkan Coway Juicepresso dengan harga promosi bernilai RM 1350. Pasti anda teruja untuk menggunakan mesin yang memberi manfaat kepada anda sekeluarga. 🙂

www.coway.com.my

www.facebook.com/CowayMalaysia

xoxo!

sign5

 

 

5 comments on “Pemerah Jus Coway Juicepresso

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.