Pertama Kali Ke Restoran Chilis

Makan, siapa tidak suka? Ini lah kali pertama ruby bawa suami ruby ke Restoran Chili’s Grill & Bar. Dah lama nak belanja suami, tetapi sepanjang perkenalan kami dari tahun 2006 tidak pernah menjejakkan kaki together gether ke Chili’s ni ha. Hahaha. Walaupun waktu dating dulu rajin tengok wayang di TGV KLCC yang Chilis sebelah tu je kan. Itu pun tak berkesempatan juga sebab Chilis selalu penuh dengan pelanggan. Nak beratur tunggu memang taknak lah. Hehehe. Tetapi hari ni Ruby berjaya juga bawa suami sekali pakej dengan Adam. Hehehe. Chili’s 1Utama je!

Chili's Grill & Bar

Chili’s sememangnya dikenai sebagai restoran yang menyediakan hidangan panas segar dan sedap. Jika ingin diet, makan salad atau hidangan panggang dari Chili’s memang best! Kalau anda bernafsu naga nak makan burger, Chili’s juga ada burger. Jadi, macam-macam ada di Chili’s. By the way yang paling best adalah air Ice Lemon Tea FREE Refill. Miahahaha!

Hidangan yang kami pesan adalah berdasarkan menu yang memaparkan gambar semata-mata. Hahaha! Mudah betul menu Restoran Chili’s ni. Masa ni memang tahap lapar gila sampaikan pesan pun tengok gambar je. Hahaha.

Chili's Grill & Bar

Fanta Grape RM 6.95

Ice Lemon Tea RM 7.95

Kedua-dua minuman ini FREE Refill. Hahaha. Best!

Chili's Grill & Bar Chili's Grill & Bar

Adam sekarang ni semua benda dia nak masuk dalam mulut dia. Apa ruby dan suami minum atau makan mesti dia nak juga praktiskan perkara yang sama. Cepat betul belajar bayi sekarang ni. Adam, adam baru 7 bulan.. Bawa-bawa bersabar nak minum dalam cawan besar tu. Hehehe.

Chili's Grill & Bar

Ice Lemon Tea kegemaran ruby. Kurang ais please. Hehehe.

Chili's Grill & Bar

Sambil menunggu makanan sampai, sempat la menyusukan Adam. Lepas tu elok pula dia tidur. Ada chance la Ibu Ayah nak makan puas-puas. Alhamdulillah! Terima kasih Adam!

Chili's Grill & Bar

Setibanya makanan. Hahaha. Suami punya suka! Sebab ayam dia banyak! Jagung sebiji gitu. Siap dengan kentang goreng lagi tu. perghhh. 1 jam lebih kami berada di Chili’s tau. Hahaha. Kasi hadam semua dan nikmati semua makanan dengan tenang. 🙂

Chili's Grill & Bar

Crispy Honey – Chipotle Chicken Chrispers RM 26.95

Kepingan ayam yang disaluti telur, dilapisi tepung roti, kemudian digoreng dengan sempurna untuk menambah kerangupan. Disediakan bersama jagung, kentang goreng dan sos madu chipotle pedas masam Chili’s.

Chili's Grill & Bar

Trio Fujita RM 44.95

Trio Fujita adalah masakan panas Gril dari Chili’s. Daging stik lembut dimasak medium well, ayam berempah beserta bawang putih, udang bersama limau. Kesemua bahan ini dimasak bersama bawang merah dan lada benggala. Kemudian anda akan diberi bahan-bahan untuk di wrap bersama roti. Roti Tortillas, Pico de Gallo, keju, krim masam dan guacamole.

Chili's Grill & Bar Chili's Grill & Bar Chili's Grill & Bar Chili's Grill & Bar Pertama Kali Ke Restoran Chili's

Roti Tortillas tu Chili’s bagi 3 keping. Bayangkanlah nak makan 3 gulung! Wahh kenyang giler Kak Ton. Hehehe.

Keseluruhan hidangan di Chilis memang best, layanan pun bagus. Pelayan lelaki siap datang ke meja tanya nak apa-apa lagi ke tak? Untuk refill air 3 kali kami refill. Memang ringan tulang la pekerja di Chili’s ni. Cepat betul buat kerja. Duduk dah dapat menu, ambil order, pastu air sampai. Lepas tu juga makanan sampai juga. Sesuai untuk mereka yang lapar macam ruby ni. Hehehe. RM 100.70 total termasuk 10% service charge dan 6% cukai kerajaan. Burrpp kenyang!

www.facebook.com/ChilisMalaysia

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “Pertama Kali Ke Restoran Chilis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.