Rawat Ruam Bayi Dengan Sudocrem

      7 Comments on Rawat Ruam Bayi Dengan Sudocrem

Semasa lepas bersalin, Ruby tidak sediakan lagi keperluan Adam. Macam minyak telon, krim ruam dan mandian pun belum sempat nak sediakan! Hahaha! 32 minggu dah bersalin, memang tidak jangka. Alhamdulillah Adam membesar dengan baik. Ada hikmah disebaliknya, Adam permata hati ruby. Suka tengok dia membesar! Berbalik kepada krim Sudocrem® ni. Ruby rawat ruam bayi dengan Sudocrem sebab diperkenalkan oleh rakan blogger iaitu Audrey.

Fighter dan Adam adalah kawan preemie. Jadi, dengan Audrey la ruby tanya macam-macam soalan. Dia juga bantu belikan Sudocrem® dan hantar ke hospital. Sebab ruby kena menginap dekat NICU selama 2 minggu. Wuwuwuwu.

Krim ruam lampin unggul dari Ireland kini dijual di Malaysia, tetapi tidak semua farmasi jual. Mungkin kerana masih baru! Jika anda bernasib baik, pihak hospital akan beri percuma kepada anda. Sekali lagi, tidak semua hospital ada. Hehehe.

Dengan warisan yang dipercayai selama lebih 80 tahun, Sudocrem® telah dicuba dan diuji oleh profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, dan telah menerima pelbagai pujian dan anugerah termasuk Produk Penjagaan Kulit Terbaik dan Produk Belian dan Nilai Terbaik.

Antara 7% dan 35% daripada bayi yang memakai lampin pernah mengalami ruam lampin dan ia lebih kerap berlaku di kalangan bayi berusia antara 8 dan 12 bulan. Ruam lampin boleh berlaku pada bila-bila masa, walaupun berjaga-jaga dan lampin sering ditukar. Tetapi terdapat sesetengah keadaan di mana ruam lampin lebih kerap berlaku. Ini termasuklah semasa tumbuh gigi, bercerai susu, cirit birit, sensitif terhadap lampin ataupun bahan-bahan kimia.

Pencegahan adalah yang terbaik dan krim ruam lampin hendaklah disapu setiap kali menukar lampin. Sudocrem® mengandungi bahan tidak telap air yang melindungi kulit dengan membentuk halangan, membantu mencegah perengsa ruam lampin daripada bersentuhan dengan kulit, pada masa yang sama menjadikan kulit bayi lebih lembut dan lembap.

Sudocrem® mengandungi bahan aktif yang bermanfaat seperti zink oksida, benzil benzoat, benzil sinamat dan lanolin yang membantu melega, memulih dan melindungi kulit bayi yang halus. Krim yang tidak berminyak ini mudah disapu rata, justeru satu tub boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.

Tambahan pula, pada masa pertumbuhan, bayi menjadi lebih aktif dan teruja terhadap benda-benda di sekeliling mereka, dengan itu, adalah lebih mudah terdedah kepada insiden-insiden kecil. Dengan ciri-ciri melega dan melindungi yang terdapat di dalam Sudocrem®, bayi kini boleh rasa lebih gembira dan bebas apabila berhadapan dengan drama kecil dalam kehidupan! Ciri-ciri Sudocrem® yang melegakan dan menyembuhkan memastikan kulit bayi kekal lembap dan lembut, serta menjadikan bayi lebih gembira dan sihat.

Sudocream

Dapatkan Sudocrem® anda hari ini dengan hanya RM24.90 bagi bekas tiub 120g dan RM15.90 bagi bekas 60g di Guardian, Caring, farmasi bebas dan kedai-kedai bayi di seluruh negara. Sudocrem®, krim bayi unggul dari Ireland yang menjadi pemenang anugerah kini dijual di Malaysia!

Harga Runcit: RM24.90 (120g) dan RM15.90 (60g).

www.facebook.com/SudocremMalaysia

xoxo!

sign5

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 comments on “Rawat Ruam Bayi Dengan Sudocrem

  1. atiqah

    Yup…mmg sudocream terbaik…pernah Cuba…ble baby kne ruam sapu jer sudocream skjp je boleh hilang…con tukar produk lain

    Reply
    1. Ruby Post author

      betul. semua jenis masalah kulit selesai. ruby tak boleh kalau takda sudocrem ni. Pernah cuba krim lain, makin kerap anak garu-garu ada laa.

      Reply
      1. linda

        pakai di muka pn boleh kan ruby? my baby ada dkt muka sket and plg worst dkt peha n pelipat dia la..merah n kdg tu melecet.

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.