Sponsored Video : Cornetto Hikayat Po and Lang

Siapa tidak suka air krim Cornetto? Rugi la kalau tidak suka. Hahaha. Kalau ikutkan bila mula-mula ruby makan ais krim Cornetto adalah pada darjah 1. Masa tu pertama kali ke sekolah rendah dan abah hantar pada hari pertama. Ruby ni takut nak masuk sekolah darjah satu sebab keadaan masa tu penuh dengan peraturan. Kena berbaris, kena nyanyi lagu negaraku, kena datang awal dan ada pengawas di pagar sekolah. Semua tu sesuatu yang baru bagi kanak-kanak yang dari tadika ke sekolah rendah. Menakutkan!!

Nak dijadikan cerita, abah cakap dekat ruby nanti balik sekolah abah ambil dan kita makan ais krim istimewa. Masa tu budak-budak lagi kan. Memang seronok bila dapat tawaran ais krim. Habis waktu sekolah jam 12.30pm abah tunggu di luar pagar dan bawa ruby ke kedai runcit bawah rumah. Kemudian abah ambil satu ais krim Cornetto Chocolate. Masa tu ruby tengok ais krim tu la paling besar dan waaahh!! Teruja!

Kenangan macam tu memang tidak dapat dilupakan, memang seronok kerana kanak-kanak hanya tahu seronok sahaja. Hari berikutnya lebih ceria dan bersedia untuk ke sekolah. 🙂

Ruby tertarik dengan promosi terkini Cornetto. Kisah cinta diantara hantu. Bibit percintaan bermula kerana ais krim. Ais krim apa? Semestinya ais krim Cornetto la. Hehehe. Jom tonton video ini. Cerita ini ada 4 episod. Sekarang dah episod ke dua.

Hikayat-Po-Lang-1

Kehadiran Lang menjadi perhatian makhluk-makhluk ghaib Kampung Cempuaka, terutamanya Po. Tiada siapa dapat mendengar suara Lang kecuali Po, yang sedaya upaya untuk mendekati Lang. Berjayakah Po mendapat perhatian Lang?

Watak-watak dalam drama pendek ini adalah Po @ Pocong, Lang @Langsuir, Toyol, Om @ Orang Minyak, Jini @ Djinn, Bomoh Sam dan Uncle Cornetto. Walaupun hantu, cinta terbit juga dengan Ais Krim Cornetto. Hehehe. Macam mana la si Po tu nak beli Ais Krim Cornetto untuk Lang. Tangan dah le takda. Tak sabar nak tunggu episod ke-3 minggu hadapan. 🙂

Artikel ini ditaja oleh Cornetto, semua pendapat dan ulasan dari pihak ruby.my.

Untuk menonton Episod Cornetto Hikayat Po and Lang and boleh klik di link ini

www.facebook.com/CornettoMalaysia

www.hikayatpoandlang.com.my

#CornettoPoandLang

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Sponsored Video : Cornetto Hikayat Po and Lang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.