Tips Kerinting Rambut Seperti Taylor Swift

Wah tetiba entry berkenaan tips. Rasanya dah berkurun tak keluarkan penulisan tentang tips ni. Miahahaha. Okaylah hari ini nak kongsikan dengan anda semua tips kerinting rambut seperti Taylor Swift dan dilakukan semasa tidur. Ye masa tidur je yang ada. Masa lain dah sibuk nak uruskan benda lain. Kerja pun menimbun. Mahkota seorang wanita wajib dijaga, agar kita ni sedap mata memandang di rumah. Untuk suami, ku gagahkan juga.

Ruby sebenarnya dah rimas giler dengan rambut panjang ni. Makin hari makin banyak pula rambut putus gugur sana sini. Lepas bersalin symptom ni semakin menjadi-jadi. Hurmm. Sekarang bergantung kat syampoo dari jenama Dove. Mudah-mudahan boleh rawat balik rambut ni. Sayang nak gunting. Sayang nak gunting tapi rimas. Camana? Jadi ruby pun saja-saja la google fesyen terkini rambut wanita. Wah belum google lagi dah nampak rambut Taylor Swift. Admire dengan rambut kerinting dia. Jadi, ruby pun buka youtube dan cari la cara nak kerinting macam tu tapi taknak guna mesin penggulung rambut yang harga mahal dan kena guna elektrik. Kang tak reti guna naya je terbakar rambut ruby. Hahaha.

Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur

Ruby tonton video di bawah ini dan berharap dengan perkongsian ini dapat tolong pembaca semua. Kena keluar duit sikit untuk beli barang-barang keperluan kerinting rambut semasa tidur ni.

 

Bila dah tonton video tutorial, apa lagi start engine kereta la. Hahaha. Lokasi dalam kepala untuk cari benda alah ni tak lain tak bukan adalah Plaza Sungei Wang. Memang di situ syurga bagi mereka yang ingin membuka perniagaan salon rambut ke spa ke. Ada berlambak kedai yang menyediakan mesin dan pelbagai produk penjagaan rambut. Tinggal untuk pilih dan beli je!

Setibanya di Plaza Sungei Wang mula la  mencari kedai. Kedai memang banyak! Tapi barang yang dicari tidak jumpa. Huhu. Jalan jalan dalam Plaza Sungei Wang sampai siap boleh beli baju dan kasut lagi. Hahaha. Barang yang ruby cari adalah “Spiral Curler”. Tidak semua kedai shampoo ada jual benda alah ni.

Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur

Conair Spiral Curlers. Mana nak cari? Bila tanya kedai, mereka bagi mesin. Hahahaha. Jadi, memang pusing satu Sungei Wang dan bertanya dekat kedai shampoo. Tanya kat sinma dan kedai aksesori sepit rambut kot kot mereka tau ke kan. Kebanyakan mereka tak faham apa ruby nak. Hahaha. Kemudian dengan langkah dah malas ni masuk kedai Chamelion yang aksesori rambut tu. Tak masuk jauh-jauh, tanya kat staff terus “tahu tak kat mana nak cari spiral curlers?”. Dia pun tanya ruby “apa tu kak, ada gambar?”. Dalam hati, lantaklah tanya salah kedai ke apa. Janji tanya perempuan yang bekerja di Sungei Wang, mesti tahu punya. Dia pun jawab “akak dah cuba cari kat kedai rambut sekitar ni? Saya tak pernah nampak benda ni”. Ruby cakap la “dah habis pusing dah. dah letih nak pusing-pusing”. Dia pun suggest, “cuba akak pergi tingkat 2 atas ni kedai barang rambut kat tepi lift.”. Sepantas kilat ruby cakap terima kasih dan terus pergi. Hahaha.

Tapi.. ada sedikit konfius, kedai tingkat 2 tu memang betul tingkat dua atau kedai atas Chamelion tu? Ah sudah alih-alih tiap tingkat kami naik lift jenguk keluar. Hahahahaha! Dan jumpa kedia tu! Tingkat 2! Ya tingkat 2! Sepatutnya ruby ignore ayat “atas ni”.

Talon Trading Sungei Wang Tingkat 2

Please ignore gambar ruby sedang tertonggeng nak betulkan stroller Adam tu. Maafkan suami saya yang ambil gambar begini. Hahahaha! Adeh..

The only kedai yang jual Spiral Curler! Hoyeh dah jumpa!!!! Suka giler. Siap balik ke parking kereta nyanyi lagi. Hahaha. Macam budak kecik dapat gula-gula tu.

Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur

Spiral Curlers 10 batang – RM 26

Sebenarnya spiral curler tu lurus je. Bila dah guna banyak kali, ia akan jadi seperti gambar di atas. Hehehe.

Spiral Curler ni ada macam-macam warna dan saiz. Ikut panjang rambut dan ketebalan rambut. Ada ke pendek sikit dari ini. Tapi sebab nak kerinting macam Taylor Swift, ruby beli yang ini. Warna purple! Ada warna pink, kuning, hitam dan banyak lagi! Bergantung kepada stok!

Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur Tips Kerinting Rambut Semasa Tidur

L’ABBELL Professional Germany Vitalist 2 in 1 Moist Sculpting Lotion – RM 56

Lepas tu untuk rambut tahan lama kerintingnya ruby beli L’ABBELL Professional Germany Vitalist 2 in 1 Moist Sculpting Lotion. Sebelum gulung rambut, pakai le ni bagi lembab-lembab rambut kita. Disamping tu menjaga kesihatan rambut. Anda boleh guna minyak kelapa dara, minyak zaitun, cream rambut, apa yang sesuai untuk gulungkan rambut semuanya boleh. Kalau dekat rumah ada minyak baby pun takpa boleh guna. Kalau rasa tidak confident boleh tanya dekat pekerja kedai ni. Mereka lagi berpengalaman.

Tips Kerinting Rambut Semasa TidurTips Kerinting Rambut Semasa Tidur

Dah pakai dan tidur, tada jadi dah rambut mcm Taylor Swift. Ruby bukan nak kerinting ni kekal pun. Cuma untuk suka-suka. Bagi suami happy. Hahahaha. Bila mood rajin dah sampai, ruby pun gulung la. Rambut kerinting ni bertahan 3 hari bagi ruby. Tak tahu result untuk rambut anda macam mana pula. Mungkin lain-lain.

Selamat mencuba!

Talon Trading
Lot s069, 2nd Floor, Sungei Wang Plaza, 55100 Kuala Lumpur
No Tel : 03 2148 6216

xoxo!

sign5

 

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Tips Kerinting Rambut Seperti Taylor Swift

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.