Tips Membela Ikan Emas

      8 Comments on Tips Membela Ikan Emas

Penulisan ini berdasarkan pengalaman ruby. Hahaha. Beberapa hari lalu ruby beli ikan emas dekat pasar tani. Dalam banyak-banyak ikan yang ruby tengok. Ikan emas menjadi pujaan hati ku. Bila tanya dekat makcik kedai macam mana nak membela ikan emas dia cakap tak payah oksigen, letak dalam balang dan bagi makan je beberapa butir makanan ikan tu. Ruby pun beli la 2 ekor. Hahaha.

Nak dijadikan cerita bila ruby bawa balik rumah, ruby masukkan dalam balang kaca ikan tu sihat je. Bila sampai waktu tengahari dia tercungap-cungap. Tanyakan kat suami “kenapa ikan tu macam tu. Nak mati ke.” Suami cakap “ikan tu cari oksigen. Memang macam tu. Biar kan je.” Eh yeke dalam hati ruby. Okaylah kita biarkan je dia cari nafas sendiri.

Tips-Membela-Ikan-Emas-2

Keesokan hari masih lagi nampak ikan bernafas macam tu. Rasanya tu tercungap-cungap. Ah dah kenapa pula ni. Mula la risau. Ruby pun tanya dekat kawan-kawan instagram dan facebook.

Tidak tahu pula pokok kiambang tu tak sesuai untuk Ikan Emas dan Ikan Emas perlukan oksigen! Arggg macam mana nak beli oksigen ni ha. Dah le nak keluar waktu macam ni susah sikit sebab Adam tidur. Kalau ganggu waktu tidur dia, nanti ruby takleh buat kerja lain. Mesti merengek ajak main la. Nak dukung la. Maka, Ruby pun whatsapp suami suruh beli. Berdoa agar Ikan Emas tawakal dan terus hidup.

Tips Membela Ikan Emas Tips Membela Ikan Emas

Ruby tukar air dan pasang oksigen. Alhamdulillah sihat ikan ni. Hehehe. Pokok kiambang dah masuk tong sampah!

Tips Membela Ikan Emas Tips Membela Ikan Emas Tips Membela Ikan Emas

 

Dulu ruby bela kucing, sebab risaukan baby dan persekitaran rumah pangsapuri tak sesuai untuk kucing. Ruby pun beli ikan. Sebab kucing ruby mati terjun dari tingkap. Ada yang mati sebab tak dapat persekitan boleh main di rumput atau padang luas. Hurmm. Kesian tengok kucing jadi gemok sebab tak buat apa-apa. Lepas tu mati! Huwaa..

Beli Ikan Emas RM 3 seekor, Makanan Ikan RM 5 sebotol, Pam Oksigen RM 15, Paip Oksigen tu ruby potong dari Medela punya pam susu. Sebab dah tak guna dah. Hahahaha.

Harap-harap Ikan Emas ni akan menemani ruby selama mungkin. Hehehe.

xoxo!

sign5

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 comments on “Tips Membela Ikan Emas

  1. arshad

    Lagi satu ikan hiasan yg senang bela ikan oscar.. Sy bela dah dekat 5 tahun.. Dulu kecik 2 jari je.. Skng dah besar tapak tangan. Tp ikan ni bila dah besar dia suka gaduh

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge