Tommee Tippee Teethers

Sekarang Adam dah berusia 7 bulan mengikut tarikh dia dilahirkan. Kalau ikut due date bersalin umur adam baru 5 bulan. Dalam kondisi dua-dua usia ini memang dah tiba waktu Adam gatal gusi, merengek-rengek sakit nak tumbuh gigi. Memang kesian tengok dia nangis-nangis dan akhirnya dia cure sendiri dengan hisap jari dia. Sebagai ibu bapa kita sedia maklum dengan kuman dijari dan kuku bayi. Jadi kalau dia kerap hisap jari pun tak boleh. Maka ruby belikan Adam Tommee Tippee Teethers di Toy’s r Us tu je. RM 19.90 jer.

Tommee Tippee Teethers

Dekat bungkusan Tommee Tippee Teethers ni ada tulis yang teether ni untuk stage ke dua iaitu untuk bayi yang tumbuh gigi hadapan dan gigi geraham. Hahaha. Macam dah terlajak stage je ni. Sebab ruby hanya perasan 4 month plus tu je. Takpelah beli awal tak membazir.

Tommee Tippee Teethers

Tommee Tippee Teethers ni boleh disimpan dalam peti ais untuk sejuk kan. Lepas tu warna biru tu kenyal-kenyal untuk dia gigit. Tempat pegang pun selesa. Bayi suka masukkan sesuatu dalam mulut untuk dia rasa, jadi dengan rekabentuk macam ni memang sesuai untuk Adam.

Tommee Tippee Teethers

Yang paling kita kena tengok dekat bungkusan Tommee Tippee Teethers adalah “BPA free”. Jadi ruby boleh la steril teether Adam kat dalam mesin steril tu. Hehehe.

Tommee Tippee Teethers

Masa beli hari tu Ruby terus buka teether ni dan rendam dalam air panas kat restoran lepas tu keringkan dan suhu dah okay baru bagi Adam. Tengoklah rupa dia bila dapat Tommee Tippee Teethers ni. Habis dia kokak dengan jayanya. Nasib baik kenyal dan tidak bocor! Hahaha.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Tommee Tippee Teethers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.