Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive

Baru-baru ini Ruby beli Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive setelah hard drive yang lama tidak sesuai untuk Mac. Kalau nak guna untuk Mac, kena format dan gambar dalam tu akan hilang la juga kan. Maka, ruby bincang dengan suami tentang isu ni sebab ruby penyumbang besar gambar-gambar ke dalam hard drive ni ha. Gambar event, gambar travel dan gambar review product semua ada! Dan 1 TB hard drive lama pun dah hampir FULL!

Nak kena keluar duit untuk lagi satu hard drive pun kena menyimpan juga, sebab mahal kan. Tetapi jika difikirkan balik ia adalah perlaburan jangka panjang. Sampai FULL memori kita akan guna. Memang wajib ada hard drive ni. InsyaAllah kerja lebih teratur. 🙂

Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive

Ini Western Digital My Book Essential 1TB External Hard Drive yang bernilai RM 199 Ruby beli masa tahun 2011. Lama juga hard drive ini berjasa. Wuwuwuwu.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Ruby lagi suka beli hard drive? Dah le kena guna kuasa elektrik dan besar gedabak. Hehehe. Sebenarnya bila guna macam ni Ruby rasa lebih selamat dan hard drive ini diletakkan di rumah sahaja. Kalau pergi travel terlalu banyak gambar kan. Ruby akan kosongkan laptop dan hanya bawa laptop sahaja. Hard drive ni lokasi kalau dirumah mesti dekat meja kerja ruby je. Jadi potensi untuk jatuh berkecai terkeluar dari sarung memang tidak akan ada. Hahaha.

Pengalaman mengajar Ruby, ruby pernah beli hard disk brand X yang pada ketika itu Ruby beli 500GB. Mahal gila masa tu. Tiba-tiba fail corrupted la, kena format la, macam-macam la sampai hilang semua gambar. Kemudian tengok Western Digital, ada guna kuasa elektrik ni dan survey dari ahli keluarga yang lain pun cakap WD lagi okay. Maka ruby sambar WD aje sampai la sekarang. Hehehe.

Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive bernilai RM 369. Perghhhh mahal kan! Tapi ini paling murah setelah Ruby survey di Low Yat.

Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive

Produk dari Western Digital ni dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti password protection. Malah Ultra-Fast USB 3.0 connectivity. Sesuai dengan Mac OS X.

Semoga kerja ruby berjalan lancar selepas ini.! Jika anda ingin beli hard disk atau hard drive atau apa segala barang keperluan teknologi masa kini boleh ke Viewnet Hyperstore di Tingkat 3 Plaza Low Yat tu.

xoxo!

sign5

2 comments on “Western Digital My Book For Mac 2TB External Hard Drive

  1. Tudung Labuh Online

    Elok buat backup data Macam macam boleh berlaku.

    Terutama nak selamatkan gambar gambar keluarga.

    Orang yang ada blog boleh lagi upload gambar dan kisah kenangan dalam blog.

    Cuma macam sekarang ni dah ada servis google drive.. online je. Beanya kena makan banyak bandwith internet untuk gambarnya.

    Kelebihannya ialah risiko harddisk rosak dan hilang data sangat rendah.

    Nak akses dari mana mana pun senang

    Asalkan ada internet
    Tudung Labuh Online´s last blog post ..Tudung Bawal Ombre Keluaran Julai 2014My Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge