Apa Itu flexWorkLife.my

Sebagai ibu muda dan kekurangan pengalaman tentang pekerjaan memang takut untuk bekerja selepas berkahwin. Ruby faham situasi dalaman sesuatu pejabat yang tidak semua rakan kerja dan majikan faham situasi sebagai seorang ibu. Ibu yang baru melahirkan anak dan memerlukan masa lebih kepada keluarga. Walaupun sedang bekerja. Yelah nak pam susu pun waktu bekerja. Boleh ke? Beruntung siapa yang mempunyai majikan macam tu. Apa Itu flexWorkLife.my?

Ruby mengetahui berkenaan flexWorkLife.my di acara Urban Mom 2014 yang berlangsung pada 7 September 2014 yang lepas. Masa ke acara Urban Mom, ruby join dengar program wawancara berkenaan flexWorkLife.my ini, “I Made A Career Comeback” dengan tetamu Puan Salika dari Talent Corporation Malaysia, Puan Nisa dan Puan Pauline, seorang penganalisis HR.

Informasi yang diberikan adalah sangat berguna dan rasa seperti ruby dah salah langkah aje. Hahaha. Sebab ruby dah berhenti kerja. Nak masuk balik kerja dengan keadaan Adam yang dah makin melasak. Siapa nak jaga? Indahnya kalau dapat bekerja di Telekom Malaysia. Kerana ada nursery disediakan. Jadi, dalam waktu bekerja tidak la risau dengan pengasuh kawasan perumahan ke, risau waktu nak ambil anak ke.

flexWorkLife-my-1

Dari kiri Puan Salika Suksuwan, Head, Industry Partnerships, Talent Corporation Malaysia; Puan Nisa Hidayah, Talent Acquisition Specialist, Standard Chartered; Puan Pauline Teo, HR Analyst, BASF Asia-Pacific Service Centre Sdn Bhd dan juruacara.

Apa Itu flexWorkLife.my?

 

flexWorkLife.my bertujuan untuk membina rangkaian majikan dan pemohon untuk mengoptimumkan integrasi kerja dan kehidupan sambil memaksimumkan kecekapan kerja dan meningkatkan penglibatan pekerja.

Bagi majikan, kami menyediakan perkhidmatan dari segi bahan-bahan penyelidikan, garis panduan pelaksanaan dan kejayaan pada waktu bekerja yang fleksibel dan juga kemudahan yang mesra keluarga untuk pejabat.

Untuk pemohon, anda akan mencari peluang pekerjaan dengan majikan yang menawarkan amalan kerja dan kehidupan, tip kembali ke tenaga kerja, memberi inspirasi cerita wanita yang membuat kemunculan semula kerjaya dan majikan yang mengambil telah mengambil mereka bekerja semula.

TalentCorp menyokong kepelbagaian jantina dan percaya bahawa integrasi kerja dan kehidupan adalah satu strategi modal insan yang berkesan untuk menarik dan mengekalkan pekerja.

flexWorkLife-my-1

Ruby memang ada hasrat untuk bekerja semula. Tetapi risau banyak perkara. Hurmm. Mungkin boleh minta pendapat di flexWorkLife.my agar memberi kekuatan. Bukannya tiada pendidikan dan pengalaman, tetapi masih takut. Mungkin sebab dah 3 tahun tidak bekerja.

Kalau ruby cari kerja, ruby nak kerja yang boleh beri ruby kelonggaran untuk masuk kerja bila-bila pada waktu pagi dan ruby ganti masa yang lewat tu. Mohon tidak effect apraisal ya. Hahaha. Itu kalau pejabat yang tiada nursery elok sangat macam tu. Tapi siapa nak jaga Adam? Huhu. Kerja dari rumah ada tak? Guna skype aje bila nak meeting ke. Nak presentation ke. Kemudian file semua submit guna dropbox. Share guna google drive ke? Boleh? Semoga di Malaysia dah ada syarikat yang buat macam tu. Hehehe.

Semuanya akan seimbang jika kehidupan lebih flexible dan masa lebih flexible juga. Kerjaya bagus dan Keluarga Bahagia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari

www.flexWorkLife.my

www.facebook.com/flexworklife.my

xoxo!

sign5

 

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Apa Itu flexWorkLife.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.