BabyZen YOYO Stroller Adam

Sejak Adam dah mula bertambah kilo. Memang rasa tulang ni dah tak larat nak dukung dia. Nak bawa dalam Boba Wrap pun ruby tak larat juga. Tambahan waktu dia tidur di dalam Boba. Berat! Sebelum ruby beli Stroller, dua bulan juga bincang dengan suami dan buat research. Takpelah melabur sikit untuk stroller. Kriteria yang kami fikirkan adalah lasak, ringan, keselamatan, kawalan roda, saiz compact dan mudah dibuka tanpa bantuan sesiapa. Campak je stroller terus terbuka. Wah giteww. Kami dah jumpa! BabyZen YOYO Stroller Adam! Hahaha. Harga pun mahal oh oh oh. Menabung juga la ibu ayah ni nak beli stroller BabyZen YOYO tu.

Nah tonton video ini dan bayangkan Ruby seperti perempuan itu yang sedang kendong Adam sambil buka stroller.

BabyZen YOYO 6+


BabyZen YOYO Newborn
BabyZen YOYO ni ruby beli secara online. Ruby buat payment secara kutu/putu tu. Hahaha. Jangan tidak tahu beli stroller pun ada main kutu/putu ni tau. The only kedai yang bagi kutu/putu adalah dari http://mylittleiman.blogspot.com/. Ruby berterima kasih sangat dekat kakak tu kerana mempercayai Ruby. Bukan mudah untuk orang percaya dekat pembeli untuk zaman sekarang ni. Kan ramai peniaga kena tipu dengan pembeli. Konsep kutu/putu ni bayar konsisten dan anda dapat barang anda. Hehe.

BabyZen YOYO

Jatuh cinta dengan BabyZen YOYO kerana mudah sangat lipat dan sesuai untuk travel. Mudah sangat. Bila ada stroller dari BabyZen YOYO ni banyak otot dan sel otak ruby berfungsi. Dulu kalau dukung Adam, asik fikir bila nak balik rumah. Sekarang pergi shopping atau ke event blogger memang selesa. Relax sikit. Hehehe. Boleh la ruby melaram pakai baju cantik-cantik balik. Hahahaha.

BabyZen YOYO BabyZen YOYO BabyZen YOYOHarga BabyZen YOYO RM 1550. Mahal tak? Tapi ia sesuai dengan kriteria yang ruby nak. Takpelah melabur untuk anak. Jaga elok-elok nanti boleh pakai untuk adik si Adam. Hahahhaahahaha! Jika anda rasa tidak mampu, anda boleh menabung. Ruby 4 bulan menabung untuk stroller BabyZen YOYO Adam ni. Sambil menabung, sambil tu rambang mata nak pilih warna. Hahaha.

Warna dia semua cantik-cantik tapi ruby pilih hitam! Hahaha. Nampak klasik sikit. Sesuai untuk anak lelaki perempuan lelaki perempuan lelaki perempuan lelaki akan datang. Hahaha. Dapatkan BabyZen YOYO dari My Little Iman Store sekarang! Untuk Newborn dan 6+! Berat stroller ni 5.8kg. BabyZen YOYO boleh tampung berat sampai 16kg. Kalau masuk dalam lift, muda je roda berputar. Stroller BabyZen YOYO ni saiz compact, lorong kad di Putra LRT pun muat tau. Hehehe

 

www.facebook.com/mylittleimanstore

www.mylittleiman.blogspot.com

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “BabyZen YOYO Stroller Adam

    Jaja

    (September 23, 2016 - 12:17 pm)

    Hai ruby.. Nak tanya la.. Kalau babyzen yoyo yang ruby pakai ni, boleh masukkan set yang untuknnewborn tu tak?

      Ruby

      (September 23, 2016 - 1:35 pm)

      Hi Jaja, boleh. Cuma kena buka dan pasang yang newborn next tu je. Hehehe.

        Jaja

        (September 23, 2016 - 1:44 pm)

        Ouh.. Takla membazir ingatkan kena beli yang lain pula.. Boleh pakai bodyframe lama la maknanya kan..

          Ruby

          (September 27, 2016 - 3:45 pm)

          Ha’ah boleh. cuma newborn nest tu susah nak cari sekarang ni.

            Jaja

            (September 28, 2016 - 8:27 am)

            Sy jumpa seller di instagram jual.. NB nest saja rm950.. Mahal juga tu! ??

            Ruby

            (September 28, 2016 - 9:40 pm)

            ha’ah original baby zen yoyo memang mahal. kena menabung.

    Nurhidayah

    (October 20, 2015 - 8:30 pm)

    Assalam sis,saya mmg berminat nak beli stroller ni.cuma sy nak beberapa info dr sis.harap sudi share.stroller ni boleh bt position utk baby baring x?dengan smpi umur berapa baby boleh duduk dlm tu?tq

      Ruby

      (October 22, 2015 - 8:33 am)

      Baring yang macam mana tu? Stroller ni sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Kalau nak baring mendatar tu beli Yoyo 0+. Saya tak beli Yoyo 0+ sebab masa anak masih bayi, kami suka dukung dia. Kemana-mena mesti dukung dia. Jadi no point nak beli la. InsyaAllah jika anak ke dua akan beli Yoyo 0+. Hahaha. Boleh beli berasingan Yoyo 0+ dan Yoyo 6+.

      Ruby

      (October 30, 2015 - 6:18 am)

      Walaikumsalam, position stroller ni depend pada kita yang adjust, untuk stroller ni umur yang di galakkan adalah 6 bulan ke atas, bayi yang bawah 6 bulan amat tidak di galakkan sebabnya tidak bersesuaian kerana bayi kecil tindak mempunyai susuk tulang yang kuat lagi.

    mamaHarith

    (December 5, 2014 - 11:33 am)

    Salam….1st of all tq ruby sbb sudi sharing experience ngan BabyZen Yoyo nie. Actully dah ada 2 stroller kat rumah. Maklum anak dah 3. Tp mcm ruby kata kita kalau blh nak cari yg lbh compact, senang nak bwk or paling penting campak jr dah terbukak gitu. Wati tertarik ngan payment skim yg ruby ckp…beli ngan main kutu. X pernah tau pun..
    Yelah brg2 baby semua mahal…tp skrg semua cantik2 belaka. Dah jd mama nie nafsu membeli brg anak2 lbh tinggi even dah ada brg tersebut. Tq again for sharing tips…agak2 main kutu utk Medela Freestyle ada tak ek?? ????

      Ruby

      (December 8, 2014 - 12:36 pm)

      mama Harith, medela ada! akak little iman store tu buat juga. hehehe.

    Mazni Azmi

    (September 15, 2014 - 8:56 am)

    Wahh Tahniah.. Ada lagi orang buat kutu kutu ni ya.

    Puas hati beli barang berkualiti.. Tahan lama dan lasak pula

    Puasa pakai
    Mazni Azmi´s last blog post ..Persedian Pengantin Sebelum Memasuki Alam PerkahwinanMy Profile

    akubiomed

    (September 12, 2014 - 9:18 am)

    Fuh, memang canggih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.