Baju Fesyen Baby Dari H&M AvenueK

Buat pertama kali nak beli baju fesyen untuk baby Adam. Hahahaha. Kenapa awal-awal ruby dah gelak? Sebab terkejut tengok harga pakaian baby! Yelah pertama kali kan! Memang terperanjat. Tapi sambil beli tengok muka Adam yang sedang tidur, Ruby rasa macam “hurmm.. takpelah untuk anak ruby juga..”. Baju Fesyen Baby Dari H&M AvenueK memang stailo mailo la. Untuk pakaian baby lelaki memang susah nak cari pakaian yang sesuai sebab dipelopori oleh fesyen baby girl je kan. Hahaha. Jadi Adam boleh la berfesyen lepas ni. Hehehe.

image

Ruby belek-belek harga dari pakaian romper, seluar, jeans, tshirt dan kasut. Memang nampak mahal. Tetapi kalau pandai pilih mesti dapat harga murah. Sebab H&M ada promosi beli 3 baju dan bayar untuk 2 baju sahaja. Kiranya 1 percuma la kan. Contoh nya baju ada RM 59.90, RM 49.90 dan RM 19.90. Jadi pakaian yang paling murah tu FREE. hehehe.

image

Ruby kalau beli pakaian Adam mesti fikir lama dan akan berdiri lama depan baju untuk pilih. Satu lagi pasal saiz baby Adam. Memang runsing nak pilih. Kalau beli saiz ikut bulan dia sekarang, nanti membazir pula tidak boleh pakai lagi. Kemudian baby ni membesar. Bukan macam kita yang dari remaja dah boleh dapat saiz tetap hingga dah dewasa kan.

Fikir-fikir punya fikir. Ruby beli seluar jeans 12 hingga 18 bulan. Lagi pula Adam belum boleh berjalan lagi. Ruby akan standby je seluar ni untuk dia. Hahaha. Fesyen ni kadang-kadang bila kita nak mesti dah tiada. Mungkin sebab dah outdated. Hahaha. Jadi beli awal-awal senang. Kenapa beli seluar aje? Ruby ada perhatikan baby ni punya mood. Kalau pakai baju tshirt dia mudah naik ke atas baju tu. Adam dari lahir ruby pakaikan romper aje. Cari la romper stailo di F.O.S. Walaupun romper, ia ada fesyen seperti berkolar, ada poket sisi dan lengan panjang. Baju ini memang dah banyak dalam almari Adam. Boleh la match dengan seluar dari H&M ni kan. Hehehe.

image

image

image

Hehehehe beli dua seluar ni aje. RM 129.80 keseluruhannya! So Adam punya perlaburan untuk menanti waktu dia berjalan. Hehehe. Next time boleh beli pakaian baby Adam di H&M lagi.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Baju Fesyen Baby Dari H&M AvenueK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.