Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Berapa banyak spek mata yang anda miliki? Anda suka beli spek mata dimana? Adakah spek mata anda original? Anda menyokong jenama spek mata dengan membeli dari penjual sah? Soalan ini semua adalah sangat subjektif kepada kita semua. Ruby ingin kongsikan pengalaman beli spek mata Ray-Ban di GlassesOnline.

Ada yang beli ikut kemampuan.  Fesyen dan Gaya tidak membataskan kita untuk tampil menarik walaupun ia spek mata dari Uptown. Ada kalanya bukan salah pengguna kerana membeli yang murah. Kita sebagai pengguna pun tidak tahu membezakan mana yang original kerana sesetengah peniaga di Uptown atau galeri kedai spek mata pun menjual spek mata yang tidak original. Tetapi harga di Uptown lebih murah berbanding di kedai galeri spek mata.

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

GlassesOnline adalah dari www.glassesgroupglobal.com yang telah berkembang perniagaannya di negara Singapura, Hong Kong, Taiwan, Filipina, New Zealand, Australia dan kini di Malaysia. Mereka sudah tahu apa pelanggan inginkan dan di GlassesOnline ruby dapati website ini sangat “user friendly”. Perkara pertama sebelum kita nak menggodek laman sesawang GlassesOnline, daftar dulu. Hehehe.

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Selesai daftar dan menerima e-mail pengesahan, anda boleh meninjau laman sesawang GlassesOnline. Banyak ciri-ciri yang memudahkan pengguna. Ruby pun faham bila membeli spek mata secara online. Banyak perkara perlu dititik beratkan. Diantaranya adalah saiz muka kita, lebar tinggi spek mata yang sesuai dan paling penting bentuk muka kita. Tengok model pakai cantik je kan. Kalau muka anda bulat? Macam mana?

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

GlassesOnline menyediakan kategori yang mudah untuk anda cari spek mata yang bersesuaian dengan wajah anda. Bentuk wajah? Bentuk rangka spek mata dan jenama pilihan anda. Diantara jenama yang anda boleh lihat di GlassesOnline adalah Nike, Oakley, Police, Adidas, GEO, Polo, Smith, Gucci, Diesel, Prada, Guess, CK, Calvin Klein, Ray Ban, Chloe, Dior, Tag Heuer, Fendi, Ralph Lauren, Marc By Marc Jacobs, Marc Jacobs, Carrera, Silhouette, Vogue, DKNY, Mont Blanc, D&G, Balenciaga, Hugo Boss, Paul Smith, Versace, XOXO dan jenama terkenal yang lain.

Selain spek mata hitam dan spek mata untuk mereka yang rabun, kanta lekap juga turut dijual. Kanta lekap natural dari Acuvue ada, yang berwarna juga ada dari GEO Medical. Jenama lain juga ada, cuma ruby biasa pakai kanta lekap dengan dua jenama ini sahaja. Hehehe.

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Banyak jenama spek mata yang ditawarkan di GlassesOnline. Jika bajet anda rendah, anda boleh membeli spek mata yang beharga RM 350 kebawah. Di GlassesOnline semua penghantaran adalah PERCUMA! Sebelum membeli di GlassesOnline, ruby ada bertanya dengan kawan-kawan blog. Tetapi yang menarik perhatian ruby adalah Ray-Ban New Wayfarer Classic tu. Ada lebar 52mm dan 55mm. Ruby ukur le jarak yang dinginkan ikut kesesuaian muka. Jadi, Ruby pilih 55mm. Ray-Ban RB2132 New Wayfarer Classic 901/58 Polarized bernilai RM 575. Ruby survey Ray-Ban yang ruby nak beli ni di galeri spek mata area wangsa maju bernilai RM 880 dan diskaun diberikan RM 660. Di GlassesOnline harga asal RM 795 dan selepas promosi jadi RM 575! Jeng jeng jeng! Jom “add to cart”!

Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Bila sudah memilih, maka jom la bayar. Hehehe. Sistem dari GlassesOnline sangat mudah, apabila kita ingin membuat pembayaran, ia akan paparkan cara pembayaran, maklumat penghataran dan paling seronok penghantaran percuma menggunakan servis courier Aramex. Jika masuk Malaysia, Aramex akan sub kepada GDexpress.

Ruby sudah selesai membeli-belah dalam talian, kita tunggu ketibaan Ray-Ban RB2132 New Wayfarer Classic 901/58 Polarized! Katanya 2 3 hari bekerja akan sampai. Isnin ni InsyaAllah sampai le tu. Ruby beli khamis lalu. Wait and see! Hehehe. Nanti kita boleh selongkar sama ada ia original atau tidak.

www.glassesonline.com.my

www.facebook.com/glassesonline.com.my

www.twitter.com/GlassesOnlineMY

www.instagram.com/glassesonlinemy

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 thoughts on “Beli Spek Mata Ray-Ban di GlassesOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.