Bilik Baby Di AvenueK

Dah jadi mak-mak ni semua benda ruby rasa seronok bila blog berkenaan baby Adam. Mood dia lain dari kita blog berkenaan personal life. Hahaha. Adam Ooh Adam penaik semangat ibu terus menulis. Semalam Ruby pergi KLCC dan jalan-jalan di AvenueK. Tercari-cari bilik baby di AvenueK.

image

Bilik baby di sini ada dua, di tingkat M dan tingkat 3. Ruby pergi yang tingkat M. Selesa giler. Sangat cozy dan urban hiasannya. Memandangkan AvenueK ni masih baru 10 bulan beroperasi, jadi keadaan semuanya terjaga. Diharap semua peralatan dalam bilik baby ni terjaga.

image

Dilengkapi dengan mesin air panas, tempat tukar pampers, kerusi untuk menyusu dan soket juga disediakan bagi ibu yang nak buat EBM.

image

Ruby selesa di sini. Menyusu Adam di kerusi merah tu siap dengan langsir lagi. Hehehehe. Jika anda ke AvenueK, tidak perlu risau jika ingin menggunakan fasiliti bilik baby. Jagalah harta benda awam elok-elok ya.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Bilik Baby Di AvenueK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.