Cara Jimat Tisu Basah Untuk Adam

Ruby tak tahu la macam mana anda berjimat dengan tisu basah. Ruby berjimat dengan bandingkan harga dan kira kadar penggunaan. Alhamdulliah banyak sangat jimatnya! Jom ruby kongsikan cara jimat tisu basah untuk Adam. Diharap tips ini membantu anda.

Setiap ibu bapa pasti ingin sediakan keperluan yang terbaik kepada anak-anak. Mungkin cara berjimat dengan tisu basah boleh memberi anda kadar penjimatan yang banyak. Jimat bahagian tisu basah, boleh beli pampers yang berkualiti ke? Hehe

Masa Ruby hamil, Ruby dah beli Tisu Basah jenama Pureen warna hijau yang besar tu. Bila bab refill? Harga mahal pula dan stok sentiasa habis. Kebiasaannya Ruby dan suami akan borong banyak-banyak bila ada je nampak stok tersedia bertingkat-tingkat tu. Hahaha.

Ruby dah kira, Adam gunakan 150 keping tisu basah selama 2 minggu. Jadi kami gunakan 2 pek je tisu basah. Kami guna jenama AEON Top Value. Hehehe.

image

Harga RM 5.20 untuk 1 pek yang mengandungi 150 keping. Jimat tak? Apa lagi, borong la 10 pek terus. Boleh guna untuk 5 bulan. Hehehe.

image

Bila dah jadi ibu bapa, perkara begini memang selalu kita fikirkan. Selamat berjimat cermat!

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Cara Jimat Tisu Basah Untuk Adam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.