Cemas Pertama Kali Menaiki Kereta Lembu

      4 Comments on Cemas Pertama Kali Menaiki Kereta Lembu

Kereta lembu? Ini adalah sejarah dalam hidup Ruby, kali pertama menaiki kereta lembu! Hahaha. Cemas pertama kali menaiki kereta lembu. Sebab gegaran roda melalui jalan tanah merah dan tar membuatkan rasa macam nak roboh kereta lembu ni. Macam rasa diri ini gemuk sangat. Hahaha.

Naik kereta lembu pun kena ada cara. Jangan naik lambat-lambat. Kalau dah jejak tangga kereta lembu tu, naik terus tau. Kemudian duduk elok-elok supaya kepala lembu dan “pasang” terletak elok. Kita tak nak tercedera atau lembu cedera. Hehehe.

image

image

image

Ruby ke Kg Balik Bukit, Ayer Molek, Melaka untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan keunikan Pembuatan Kereta Lembu. Ada dua cara boleh digunakan untuk membuat kereta lembu. Sama ada 100% manual dengan menggunakan tangan iaitu secara tradisional atau dengan bantuan mesin. Jika pembuatan kereta lembu menggunakan cara tradisional, ia mengambil masa 3 bulan untuk siap. Jika menggunakan mesin ia mengambil masa hanya 1 setengah bulan sahaja. Kos pembinaan kereta lembu boleh mencecah sehingga RM 8000 kerana kualiti kayu yang digunakan untuk tiap bahagian rekaan kereta lembu berlainan jenis.

image

image

image

image

Kereta lembu merupakan warisan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan Negeri Melaka. Diperkenalkan sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 oleh saudagar-saudagar India. Bentuk kereta lembu Melaka menyerupai “Wagon” di Amerika pada zaman dahulu yang ditarik oleh kuda. Kereta lembu pada dasarnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu badan, roda, gandar dan kajang.
Sekali-sekala apabila Pesta Kebudayaan diadakan kita berpeluang menyaksikan kereta- kereta lembu yang dihiasi indah lengkap dengan gong dan tambor melintasi Bandar Melaka menuju ke tempat pesta.

Pengalaman Ruby menaiki kereta lembu memang sukar untuk dilupakan. Sebab Ruby rasa sendiri kepayahan 2 ekor lembu ini membawa tandu. Kapasiti muatan yang mampu 2 ekor lembu baka Brahman boleh membawa sehingga 3 tan. Baka Brahman ini berasal dari negara India.

Konsep menjaga lembu ini pun sangat memerlukan hubungan baik diantara tukang bawa dan lembu. Lembu kena dijaga sepenuh hati. Sayangi dia. Supaya mudah untuk komunikasi. Bagi Ruby tradisi menaiki kereta lembu sangat unik dan patut diteruskan sampai bila-bila. Kerana peluang ini tidak akan dapat lagi. Hanya di Melaka!

www.gayatravel.com.my

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

4 comments on “Cemas Pertama Kali Menaiki Kereta Lembu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge