Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Rutin harian Ruby untuk pembersihan muka adalah 2 kali sehari sahaja. Hahaha. 2 kali ini adalah pada waktu pagi selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Miahahaha. Walaupun dah keluar jalan-jalan, pergi kerja atau pergi event. Bila balik rumah, Ruby akan rehat dulu dan pada waktu sebelum masuk tidur barulah bersihkan wajah sebersih-bersinya. Itu dari pandangan mata kasar Ruby, dah rasa bersih sangat muka. Tapi, hakitkatnya mencuci dengan jari sahaja tidak bermakna semua sisa mekap dibersihkan dengan sempurna. Jom kita cuba cuci muka dengan Philips VisaPure.

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Semasa sesi mencuba Philips VisaPure di Vila Manja, Jalan Tun Razak. Sesi soal jawab bersama pakar kecantikan dan doktor Dermatologist iaitu Dr Christina turut diadakan. Banyak juga soalan-soalan diajukan oleh rakan-rakan blogger, sebabnya kami wanita yang mementingkan kesihatan kulit. Hehehe.

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Ruby agak terkejut juga dengan penjelasan doktor, bahawa penggunaan banyak-banyak produk penjagaan kulit akan menyebabkan pori-pori tersumbat malah bila kita cuci guna jari ia tidak membersihkan sepenuhnya. Kerana lubang-lubang pori tidak dibersihkan dengan betul. Dari hari ke hari, anda rasa berapa tebal kotoran itu terus berkampung di dalam kulit wajah anda? Ewww. Bila tumbuh jerawat, baru nak sibuk tampal concealer dan picit jerawat? Oucch sakitnya!

Jadi, jaga kebersihan kulit wajah anda, itu adalah asas utama dan lepas tu pakai hanya 3 produk tambahan sahaja. Haha. Ruby pernah pakai sampai 5 produk tambahan. Toner, Moisturiser, Serum, Mist dan Sunblock! Hahahaha. Lepas tu pakai mekap. Huhuhuhu. Nasib baik kulit wajah masih boleh diselamatkan lagi! Gunalah Philips VisaPure! Ruby nak mula gunakan dari sekarang. Nanti dah cukup sebulan, ruby kongsikan dengan anda keputusannya. Hehehe.

Philips-VisaPure-21

Produk ni Ruby cuba semalam dan dapati ia sangat bagus untuk kulit wajah Ruby. Rasa bersih dan ringan je kulit muka ruby. Memang rasa perbezaannya. Philips VisaPure ini adalah mesin untuk membersihkan wajah anda. Cara penggunaanya mudah dan praktikal untuk wanita malas seperti Ruby. Hahahaha.

Memperkenalkan Esther, Beauty Advisor untuk Ruby pada hari ini. Beliau buat demo keberkesanan Philips VisaPure menggunkan eye liner yang disapukan di kulit tangan ruby dan juga foundation pada kulit limau. Kerana kulit limau sama seperti pori-pori kulit manusia.

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Selesai demo, jom cuci muka! Hehehe. Seronok betul bersihkan muka menggunakan mesin Philips VisaPure. Jimat masa dan inilah waktunya untuk enjoy cuci muka. Kebanyakan masa cuci muka mesti kelam kabut. Hahaha.

Cara Menggunakan Philips VisaPure

 

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Mula-mula, anda picitkan sedikit pembersih muka pilihan anda dan sapu di wajah. Buat macam kita nak cuci muka macam biasa tu. Cuma tidak perlu gosok-gosok muka la kan, sebab nak guna Philips VisaPure. Hehe. Mesin ini akan putar-putar selama 20 saat. Ada 3 kali sesi, bila tamat 20 saat pertama di pipi kiri, anda pergi ke pipi kanan, tamat 20 saat pergi ke T-Zone pula.. Jadi lengkaplah proses pembersihan wajah anda. Bilas muka dengan air bersih dan dap dap wajah anda dengan tuala bersih. Hehe.

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure Cuci Muka Dengan Philips VisaPure Cuci Muka Dengan Philips VisaPure Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Tadaaa, siap dah. Bersih betul muka ruby. Muka tanpa mekap ni esklusif untuk pembaca blog ruby. Miahahaha! Tu ada parut tu. Awwww malunya. Hahaha.

Cara Mengecas Philips VisaPure

 

Harga Philips VisaPure

 

Cuci Muka Dengan Philips VisaPurePhilips VisaPure SC5275 – RM 799

Di dalam kotak tersebut anda akan dapat 1 Philips VisaPure yang mempunyai 2 fungsi kelajuan berlainan, 1 berus normal, 1 berus untuk kulit sensitif, charger bateri dan travel pouch.

Tiap berus boleh bertahan selama 3 bulan. Jika anda ingin beli berus, harga untuk tiap berus adalah seperti berikut.

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Normal Skin Replacement Brush Head SC5990 – RM 59

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Sensitive Skin Replacement Brush Head SC5991 – RM 65

Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Exfoliation Skin Replacement Brush Head SC5992 – RM 69

Berus Normal dan Sensitif boleh bertahan selama 3 bulan dan berus Exfoliation boleh bertahan selama 6 bulan. Ruby rasa tempoh sesuatu berus bergantung berapa kerap kita menggunakannya. Macam berus gigi tu, bila kita rasa sudah sampai masa tukar yang baru, kita akan tukar. Kan? Hehehe.

Selamat mencuci muka! Jika ingin mencuba Philips VisaPure anda boleh ke kaunter kecantikan Philips di Harvey Norman dan Isetan. Beauty Advisor akan berada disana untuk membantu anda!

www.facebook.com/PhilipsHomeLiving.my

www.philips.com.my

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

12 thoughts on “Cuci Muka Dengan Philips VisaPure

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.