Cukur Dan Gunting Rambut Bayi

Masa Adam lahir, rambut dia memang banyak. Genap umur Adam 21 hari, ruby dan suami buat projek cukur dan gunting rambut bayi. Sebab Adam ni lahir awal 32 minggu, jadi kami tidak buat apa-apa majlis. Sebab doktor cakap jangan dedahkan Adam dengan persekitaran ramai orang dan ramai kanak-kanak. Paru-paru belum kuat lagi, jadi doktor taknak ada jangkitan.

Terutama dari kanak-kanak yang selsema, demam. Kalau kanak-kanak bersin pun jangkitan sangat mudah untuk dijankiti. Adam masa ni sangat kecil. 2.3 kilogram je. Jadi bayangkanlah kalau dia selsema dan perlu ke hospital untuk sedut kahak? Adoi, sedihnya nak tengok. Tambahan ruby belum habis berpantang. Memang meroyan la agaknya nanti.

Cukur Dan Gunting Rambut Bayi

Lain kan iras wajah Adam, macam budak besar. Ini genap 21 hari. Masa ni Adam ada kuning sikit-sikit lagi. Keperluan untuk mencukur keseluruhan rambut Adam adalah 1 paket pencukur. 1 paket ada 5 batang. Gunting kecil dua. Surat khabar dan minyak zaitun.

Operasi dimulakan dengan gunting rambut adam sependek mungkin. Kemudian kami cukur. Sebenarnya gunting rambut Adam ambil masa lebih kurang 1 jam. Ruby mula selepas Zohor. Selesai cukur botak sekitar jam 6 petang. Memang lenguh jari ni. Pisau cukur tu lima batang kami guna.

Cukur Dan Gunting Rambut Bayi

Selesai cukur ada nampak kulit-kulit macam ni, ruby ambil minyak zaitun dan lumurkan. Lepas tu urut kepala Adam pelan-pelan sambil kulit tu tertanggal sendiri. Ada yang suruh guna sikat kutu, tapi kulit bayi nipis kan. Tak sampai hati nak guna. Jadi guna jari aje. Alhamdulillah kulit kepala Adam bersih sebersihnya.

Ada orang cakap guna minyak kelapa dara elok untuk rambut kan. Tapi untuk Adam tidak sesuai kerana ia jadi seperti kelimumur dibahagian depan rambut dia. Jadi ruby bersihkan sekali lagi guna minyak zaitun. Alhamdulillah hilang. Untuk Minyak Kelapa Dara sesuai untuk kulit Adam bila ada ruam. Maksudnya dekat kulit yang terdedah seperti muka, tangan, kaki. Hehehe.

Semalam 14 Sept 2014, ruby bawa Adam ke kedai gunting rambut anneyy tu. Ini kali ke tiga Adam akan gunting rambut. Sebelum ini gunting di anneyy kedai lain. Masa tu ruby dan Adam sahaja. Kalau kami berdua aje, manja betul dia. Menangis meraung cam apa je. Kali ketiga ni ruby bawa suami sekali, suami dukung Adam. Hehehe.

Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Gunting-Rambut-Baby-10 Cukur Dan Gunting Rambut Bayi Cukur Dan Gunting Rambut Bayi

Semuanya nampak okay, tapi bila anneeyy mula gunting remos dia. Mula lah drama ekkk eekkkk ekkk nak nangis dia tu. Hahaha.

Gunting rambut Adam ni RM 4 je. Hehehe. Jadi ini kali ketiga gunting rambut. Kali kedua masa usia adam 4 bulan. Jadi rambut Adam ni akan tumbuh panjang tiap 4 bulan kena pergi trim.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

14 thoughts on “Cukur Dan Gunting Rambut Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.