Hari 1 : 5 Fakta Menarik Tentang Ruby.MY

Menyahut cabaran rakan blogger dari #KelabBloggerBenAshaari untuk menulis 1 artikel tentang ruby. Macam tahu-tahu aje ruby ni dah sendu nak tulis cerita personal di blog. Hahaha. Okaylah untuk santai-santai kita kongsikan 5 Fakta Menarik Tentang Ruby.MY. Hahaha.

Macam dah popular sangat bila buat segmen macam ni. Miahaha! To be honest, memang ruby jarang join segmen, giveaway, peraduan dan komen blog orang pun ruby tiada masa. Tapi.. Jeng Jeng Jengg. Sejak kenal Ben Ashaari dan rakan KBBA yang lain. Ruby rasa seronok pula melayan mereka ni. Yelah walaupun mereka status berbeza dengan ruby, latar belakang lain-lain. Itu tidak membezakan kita dari berkawan. Asalkan ikhlas. Tiada hasad dengki. InsyaAllah baik-baik semuanya!

Ruby.MY

Assalammualaikum, saya lah ruby. Blogger dari ruby.my. Hehe. Ini adalah gambar paling terkini. Haha.

Fakta tentang Ruby.MY

1. Ketawa – Ya saya suka ketawa, kadang-kadang perkara yang tidak kelakar nak mampos pun saya boleh ketawa. Ketawa ni penawar duka. Bila ketawa ni, kawan-kawan pun suka ketawa. Ruby pernah dikategorikan badut kerana suka ketawa. Tapi tidak mengapa kerana yang sibuk cakap ruby badut tu sorang je. Yang lain-lain happy to be my friend no matter kuat mana ruby ketawa. Hahahaha! Berkawan dengan orang yang suka ketawa ni, bermakna anda pandai jaga hati orang sekeliling anda dengan membuat lawak. So.. High 5!

2. Domain Ruby.MY – Domain ruby.my ni bukan mudah untuk ruby pilih. Dari blogspot nama panjang berjela. Lepas tu ke dot com dengan nama penuh dan susah untuk client sebut! Tiba-tiba muncul Abang Eizil. Bincang dan survey punya lama. Fikir punya fikir nak ke tak nak ruby.my ni. Ye la domain dot my ni mahal! RM 120 setahun! Gila! Kemudian fikir lagi ambil masa sebulan. Sebulan kacau abang eizil tanya pendapat. Hahaha. Akhirnya dah dua tahun guna domain ruby.my dan hosting saleiz network! Pulangan setelah menukar domain? Rezeki alhamdulillah Allah s.w.t permudahkan. Amin!

3. Anak Sulong – Ya ruby anak sulong, memang garang macam singa! Kalau dengan adik-adik tu memang hari-hari gaduh. Ada je benda nak ditegur. Duduk elok-elok sikit! Jangan nak usik modem tu! Bagi makan kucing tu! Hahaha. Memang suka bagi rumah bising-bising. Lepas tu adik pun dah faham perangai ruby kita pun gurau senda pula la!

4. Social Media – Pergh sekarang ni memang tidak boleh tinggalkan dunia social media ni. Jika dulu ruby rajin kemaskini media sosial milik ruby. Kini ruby pula memantau social media rakan blogger lain. Mungkin ini membezakan diantara kerja dan kerjaya. Hehehe.

5. Muzik – Ruby suka sangat mendengar muzik. Itu adalah ubat penenang paling efektif selama hidup ruby. Apa jenis muzik ruby layan. Ikut mood. Radio kita boleh tukar-tukar siaran, begitu juga mood kita. Jika marah, mainkan muzik yang mendamaikan. Bukan dengar lagu rock tu. Hehehe.

Jumpa lagi di segmen Hari ke 2 pula!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

17 thoughts on “Hari 1 : 5 Fakta Menarik Tentang Ruby.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.