Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kecik

Kenangan Lucu Zaman Kecik ruby memang banyak. Sebab bila dah besar ni, terkenang memori itu pasti gelak sorang-sorang pastu cakap kat diri sendiri “bengongnyaaa”. Hahaha. Ruby masa kecil dibesarkan di kampung. Memang lasak la memanjat sana sini. Aktiviti pasti ada walaupun tiada. Kat kampung mana ada apa pun nak dibuat selain duk ikut Tok ke kebun. Kalau tiada musim buah memang bosan la. Hujan pun kita leh rasa seperti irama muzik. Hahahaha.

Oval Face Makeup Routine

Motif letak gambar ni? Hahahaha!

Masa kecil dulu, mak suka pakaikan ruby adik beradik semua pakaian sedondon. Bukan je baju raya masa raya aidilfitri dan aidiladha. Tapi baju tidur, baju jalan baju duk rumah semua sama. Sampaikan saudara mara, jiran dan kawan-kawan mak tahu itu adalah anak-anak cucu-cucu Haji Tan. Hehe.

Seronok bila teringat masa tu. Masa tu ikatan diantara adik beradik amat rapat walaupun sering gaduh. Kami bertiga beradik akan mandi ikut giliran. Salah seorang mesti tunggu dan bertanya “nak pakai baju apa?”. Disebabkan ruby ni Along, jadi ruby buat keputusan. Hehehe. Okay hari ni baju mickey mouse.

Tapi sayang, kenangan lucu zaman kecik ni masa tu tiada kamera dan hanya disimpan dalam ingatan sahaja. Rindu dengan semua adik beradik. Adik beradik ruby semua perempuan. Hehehe.  Kenangan lucu zaman kecik ruby berpakaian boria, anda pula?

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kecik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.