Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ruby.MY

Well, topik ini paling ramai terlupa. Selalunya mesti uols belanja makan, belanja makan, belanja makan, belanja makan dan belanja makan! Hahaha. Ini adalah 5 cara memenangi hati ruby.my. Hehehe. Caranya adalah.. Jeng jeng jeng.

Ruby sebenarnya tidak lah memilih, tetapi sudah pasti kita nak hati ni seronok dengan apa pencapaian yang kita dah dapat. Jika ruby bantu anda, in return anda bantu ruby. Kalau anda tidak mampu membantu ruby, macam mana pula anda nak memenangi hati ku? Hehe.

1. Ikhlas – Bila berkawan, ikhlas itu penting. Jika hari ini ruby bantu takkan anda nak balas benda yang sama? Berkawan dengan ruby dengan seikhlas hati sudah memadai. Masa depan kita tidak tahu, mungkin anda pula lebih berjaya dari ruby dengan membuka syarikat yang memerlukan blogger? Jadi mesti dalam kepala ingat ruby.my. Hehehe. Hidup, rezeki dan apa yang berlaku ada sinopsisnya. InsyaAllah semuanya berjalan lancar!

2. Chocolate – Perghh ruby memang suka coklat. Bagi je la coklat apa pun. Kek? Cup cake? Minuman Coklat? Coklat fountain? semua boleh asalkan halal! Hehehe. Bila makan coklat ni rasa hilang sekejap apa yang ruby sedang sibukkan. Relax dan nikmatnya makan coklat hanya penggemar coklat je memahami. 🙂

Nestle-Drumstick-Ekstrem-Choc-3 Lingham-Chilli-Sauce-Convoy-Nationwide-6 Lingham-Chilli-Sauce-Convoy-Nationwide-7 Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-12 Menu Baru T.G.I Friday's Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-9 Dip'nDip-Chocolate-Sweets-&-Coffee-House-E@Curve-Mutiara-Damansara-8

3. Masa dan ruang – Semua orang memerlukan masa dan ruang. Bila ruby cakap jangan ganggu tu bermakna ruby perlukan masa dan ruang. Sebab makin kita dewasa, makin singkat masa dan makin kecil ruang. Sehinggakan rasa sesak nafas. Ada yang tidak memahami kerja ruby. Ada kala mereka memaksa ruby buat itu ini dan nak tak nak kena buat sebab taknak ada yang terasa hati bila ruby tidak buat. Hurmm susahnya nak menjaga hati orang. Tetapi hati kita siapa nak jaga? Jadi, tidak perlu jaga! Beri ruby masa dan ruang untuk bersendirian. Kadang-kadang tidak bersendirian pun, sibuk buat keje juga. Hahaha!

4. Hand Bag – Hahaha. Ini part paling suami bengang. Dah berlambak bag tangan pun sibuk nak bag lagi. Ruby tak kisah jenama apa, tetapi perlu material keras tu. Macam Charles & Keith tu. Suka yang rata je bag tu. Tak perlu berbucu-bucu atau design pelik-pelik. Hahaha. Warna tetap coklat cair, putih dan hitam. Lepas tu poket dalam bag banyak! Hehehe.

5. Dapur – Ruby suka bila ada dapur yang kemas dan selesa. Jika mood swing skit, mesti masuk dapur kan. Masa ni la nak buat kek atau masak ke. Jadi kalau dapur selesa, sekejap je la merajuk ruby tu. Buat roti untuk lepas geram! Uli tepung untuk lepas geram. Hahaha.

Itulah 5 cara memenangi hati ruby! Anda pula bagaimana?

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 thoughts on “Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Ruby.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.