Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Ruby.MY

Sesuatu Yang Menguatkan Ruby.MY?? Apakah? Jatuh bangun seseorang manusia pasti ada. Tetapi bagaimana cara kita menanganinya? Ruby kalau rasa sedih dan emosi bercelaru kerana perbuatan orang, ruby lebih suka berbincang dengan suami kemudian bertanya pula dengan kawan-kawan secret agent tu tu tu. Hehehe. Kemudian dah lega, ruby akan berdoa dalam solat agar dipermudahkan dengan keputusan yang ruby buat tu.

Uniqlo-LifeWear-Kids-And-Baby-Collection-Photobooth-32

Suami dah kenal ruby dari awal kami berkawan, macam mana emosinya ruby. Macam mana ruby ni berkawan. Berapa ramai kawan pun dia boleh kira. Hahaha. Bila sembang dengan kawan-kawan secret agent tu lagi la rasa lega dapat luahkan perasaan. Bukan mudah nak dapat kawan baik. Bila kita ikhlas, insyaAllah mereka pun ikhlas. Tetapi tidak mustahil bila kita ikhlas, ada yang mempergunakan kita. Bahagian sakit hati tu ruby malas nak ulas. Hahaha.

Selain suami dan kawan secret agent, ofkoz la Adam anak ku. Oh my son! Penguat semangat ruby untuk teruskan kehidupan. Bila ada Adam semuanya berubah. Ruby lebih bertanggungjawab untuk memberi dan memenuhi keperluan keluarga ini. Dari segi kewangan? masa? kerjaya? Semuanya boleh buat walaupun anak ni merengek aje. Berjaga malam menyiapkan kerja demi kebahagian keluarga. Seronok bila kita buat sesuatu dan mereka happy. Alhamdulillah ya Allah. Semoga ruby dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan sebagai isteri, ibu, blogger, penulis artikel dan….. ­čÖé

Jadi apakah sesuatu yang menguatkan diri anda? Bukan kuat fizikal aje. Dalaman juga perlu kuat. Makin kita dewasa makin banyak cabaran.

xoxo!

sign5

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

17 thoughts on “Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Ruby.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.