Hari 4 : Buku Kegemaran Ruby.MY

      3 Comments on Hari 4 : Buku Kegemaran Ruby.MY

Hurrmm buku kegemaran ruby.my apa ya? Ruby suka sangat membaca, kalau ke shopping mall mesti masuk ke Popular Book Store, MPH, Kinokuniya, Times dan tempat paling best shopping buku adalah di Book Xcess, Amcorp Mall. Murah-murah dan banyak pilihan. Hehehe.

Ruby ni ada satu perangai suka simpan barang-barang lama. Sayang nak buang. Lepas tu sampai dah tiada tempat nak simpan. Kalau ikutkan majalah remaja dan Galaxy memang berlambak. Lepas kahwin Ruby dah buang sebab suami tanya apa tu, nak buat apa tu, recycle jom? Hahaha. Maka, kita pergi kitar semula. Yang tinggal sekarang ni buku sekolah, buku agama, buku belajar masa kat universiti, novel bahasa inggeris dan novel bahasa melayu.

Buku Kegemaran Ruby.MY Buku Kegemaran Ruby.MY Buku Kegemaran Ruby.MY

Buku kegemaran pun ruby tidak pasti. Hahaha. Sebab masa zaman sekolah minat sangat dengan novel Ombak Rindu. Bila zaman universiti suka semua novel Twilight yang bersiri tu. Sekarang? Hurrrmm banyak baca buku tentang sejarah Islam, jahitan pakaian, buku masakan. Hahaha.

Okay la okay la, sebenarnya ruby suka baca komik! Hahaha. Baca komik memang seronok dan hilang sekejap dari dunia nyata! Masa tahun 90-an memang komik terkenal. Sekarang banyak filem di adaptasi dari komik. Jalan cerita mereka ubah, mungkin untuk memendekkan masa dalam pawagam selama 3 jam tu kot. Hehehe.

Komik yang ruby ulang kali baca sampai sekarang adalah Doraemon dan Samurai X. Komik kalau tak hilang memang tidak sah. Kawan-kawan nak pinjam kita bagi. Tapi tidak dipulangkan! Hahaha. Naskah komik ruby dah tidak mengikut turutan dah yang Samurai X tu. Doraemon masih ada lagi. Kat bawah katil. Hehehe.

Jadi, apa buku kegemaran anda?

xoxo!

sign5

 

3 comments on “Hari 4 : Buku Kegemaran Ruby.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge