Hari 5 : 3 Perkara Yang Ruby.MY Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Hahahaha! Tajuk ini memang tidak kena mengena dengan Ruby. Sebab tidak ada bekas kekasih melainkan bekas tupperware. Boleh tapau makanan kan kan kan. Hahaha. 3 Perkara Yang Ruby.MY Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih? Nak kata apa? Sebenarnya kalau kita tiada bekas kekasih sekali pun, kita semua faham perasaan ditinggalkan. Tetapi takda la meroyan sedih-sedih macam dunia dan masa terhenti. Melainkan jika anda ada melakukan sesuatu sumbang ke? Uisshh minta dijauhkan agar berpisah aman sentosa. Amin..

3 Perkara Yang Ruby.MY Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih mungkin ruby akan katakan.

1. Terima kasih untuk hubungan singkat ini.

2. Jangan dikenang kenangan kita agar kita masing-masing boleh teruskan kehidupan.

3. Saya dah cakap saya taknak couple, kan dah clash! Huh!

Ruby lebih ramai kawan lelaki dan abang angkat sahaja. Lebih-lebih memang takda la. Sebab garang macam singa, takde orang nak kot. Hahaha. Anak sulong ni banyak tanggungjjawab la. Kekadang tiada masa nak join kawan-kawan hangout. Jadi banyak masa jadi singa kat rumah je. Wakakaka! Kenal dengan suami pun jarak jauh. Melalui kawan baik yang belajar sama satu kampus dengan suami. Berkawan dari tahun 2006. 2009 baru dapat jumpa sebab suami sebab masa tu sambung ijazah di UniKL. 2012 dia hantar rombongan merisik bertunang dan nikah. 2014 dapat anak. Hahahaha.

Ruby.MY

 

Dunia berkasih sayang ni memang mencabar, adakala jika tidak disulam dengan iman pasti hanyut. Alhamdulillah ruby diberi peluang berkawan, bercinta, bernikah dengan orang yang sama. Jodoh adalah ketentuan Allah s.w.t. Kadang-kadang ada yang dah berkahwin lama pun boleh bercerai berai. Jadi, kita sebagai manusia kena selalu beringat. Jangan riak bongkak dengan kehidupan sementara ni.

Jika anda ditinggalkan, pasti Allah s.w.t ada perancangan yang lebih baik untuk anda. Sabar ya!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Hari 5 : 3 Perkara Yang Ruby.MY Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.