Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting

Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting? Pendidikan bagi ruby adalah tempat teratas dalam kriteria kehidupan ruby. Sebenarnya Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting adalah berdasarkan pengalaman ruby. Sebab.. ruby menyesal tidak belajar pandai-pandai, malas dan mensia-siakan peluang belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kerana pendidikan mengubah kehidupan kita. Bila berjaya, kita mampu membalas jasa ibu bapa kita. Sedih pula rasa.

Nelson-Mandela

Sewaktu dulu, ruby sibuk dengan tanggunjawab keluarga. Sebagai anak sulong, macam tak reti nak bezakan masa. Padahal boleh je buat jadual bila waktu basuh baju, memasak, kemas rumah, bersukan dan belajar. Tetapi kadang-kadang lepas penat balik sekolah terus tidur. Bangun tidur terus buat kerja rumah. Aktiviti ko kurikulum selalunya ruby akan skip sebab sibuk dengan rumah dan belajar. Bila cikgu gertak nanti bila nak cari kerja ko kurikulum penting masa interview jawatan kerajaan. Maka ruby pun mula aktif. Memang letih double trouble!

Jika boleh diputarkan masa, ruby memilih pendidikan. Belajar sahaja apa yang diberikan sebaik mungkin kerana pendidikan di Malaysia masih percuma! Ruginya jika tidak manfaatkannya. Pedulikan apa orang cakap jika mereka kata pendidikan kita out to date. Bila fikir balik masa itu lah kita belajar apa yang akan kita corakkan di Universiti. Di Universiti yuran sangat mahal. Walaupun kerajaan ada sediakan banyak Universiti tempatan, kadang-kadang yuran pun tidak mampu bayar. Hurmm. Lompat-lompat universiti memang tidak best.

Zaman remaja memang kita kena cekal. Ingat pendidikan itu penting! Menyesal dah tidak berguna. Kalau ruby tahu syarikat yang menyediakan breast feeding room untuk ibu ibu. Ruby akan belajar sampai ke peringkat tertinggi agar boleh sertai syarikat yang awesome tu! Terima apa sahaja peluang pendidikan walaupun PERCUMA dan jurusan itu kita tidak minat. Asalkan percuma ruby sanggup sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kerana ruby bukan orang senang. Kesilapan menolak bantuan Baitulmal selepas SPM dulu untuk sambung belajar ke Universiti hanya kerana jurusan perdagangan yang ruby tidak minat. Kemudian meneruskan pengajian di Universiti Swasta dalam bidang Teknologi Maklumat. Akhirnya kerja marketing & advertising. Hurmm.

Bila kenang balik kehidupan. Ya pendidikan itu sangat penting!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

5 thoughts on “Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting

    jkt

    (March 3, 2015 - 11:32 pm)

    Tetap maju untuk pendidikan indonesia ,,,thank forsharing di tunggu artikel berikutnya..

    Butet

    (December 6, 2014 - 1:39 pm)

    Sebuah artikel yang menginspirasi…

    eby

    (September 30, 2014 - 3:48 pm)

    pendidikan itu memamng penting…
    eby´s last blog post ..Karburator Vs Injeksi (2)My Profile

    Mazni Azmi

    (September 13, 2014 - 10:46 pm)

    Hanya bangsa yang merdeka layak untuk mendapat pendidikan yang sempurna.
    Sama sama kita manfaatkan kemerdekaan ini.

    Selamat hari Malaysia
    Mazni Azmi´s last blog post ..Tudung Labuh Untuk Umrah Dan HajiMy Profile

    akubiomed

    (September 12, 2014 - 9:21 am)

    Dalam islam menunutut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.