Hari 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran

5 Lagu Cinta Kegemaran?? Masa zaman remaja dulu takda la tangkap cintan dan jiwang-jiwang karat sangat. Tapi ruby suka dengar lagu melayu dan inggeris. Sebab dua bahasa je ruby faham. Hahaha. Yelah, lagu cinta kalau penyanyi itu kita tak faham apa mereka nyanyikan mana nak menusuk jiwa kan? Hahaha.

Ini senarai lagu ruby suka.

1. Nadia – Salam Terakhir.

Ini lagu boleh buat nangis bila feeling feeling macam baru lepas ditinggalkan pakwe. Hahaha.

 

2. FT Island – Bad Woman

Ini lagu cinta ke? Hahaha. Ruby suka lagu ni sebab waktu karaoke lagu ni je yang suka nyanyi. Hahahaha. Tak baik scandal-scandal tau.

3. Savage Garden – I Knew I Loved You

Dengar lagu ni memang feeling habis. Ibarat macam kawan lelaki bagi lagu ni. Eh u suka kat i ke? Hahaha. I knew i love you before i met you!!!! Lalalala.

4. The Corrs – Only When I Sleep

Lagu ni sesuai bila ada crush. Mimpi je mampu. Hahaha. Takkan ruby nak tanya “you nak couple dengan i? Sebulan pun jadi la..” Hahaha. Lebih baik mimpi je dalam tidur. Awwww..

5. Magic – Rude

Ini lagu terkini la ruby suka. Haha. Lagu cinta yang tak dapat restu. Feeling macam drama melayu tu. Waakakakaka.

muzik

Actually, semua lagu ruby suka. Syaratnya buka radio. Radio ni macam faham perasaan kita, mood kita pada ketika itu. Terutama slot DJ Lin. Channel 104.9FM tu. Masa zaman sekolah tengah study pun ruby boleh dengar radio. Takda masalah. Hehehe. Best dengar lagu cinta ni. Feeling feeling macam tengah bercinta, sedangkan tidak. Hahaha.

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

1 thought on “Hari 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.