Hari 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian?? Semua orang suka lelaki/perempuan yang baik kan? Tetapi tak kan baik aje yang kita tengok. Mana la tau ada sesuatu yang terlindung ke? Nak tahu perangai seseorang, kita kena jadi kawan mereka. Bagaimana mereka berkomunikasi dan hormat dekat kita itu sangat penting. Kalau gila-gila macam ruby, di whatsapp memang gila tapi di realiti sangat menghormati setiap insan bergelar manusia. Hehehe.

1. Dalam banyak-banyak kawan lelaki dan karakter mereka yang ruby suka adalah bila mereka mula ambil berat. Eh ko dah kenapa tetiba baik sangat ni? Hehehe. Maaflah gangster tak mudah cair. Waakakaka. Tapi dalam hati.. Ya Allah baiknya dia. tersentuh hati dengan sikap yang ambil berat begitu. Ekekeke.

pensil

2. Ruby suka tengok muka lelaki yang bersegi macam model tu. Ada sikit jambang. Wah taste macam model Caucasian gitu. Hahahaha. Suka tengok je la. Nak dapat mungkin tak la. Banyak pula hal nanti.

3. Suka belajar, ruby suka lelaki yang ada ilmu. Jika anda tidak cukup ilmu silalah belajar, masih belum terlewat. Hehehe. Bukannya apa, sebab ruby ni banyak soalan nak tanya. Sampaikan boleh rimas la kalau dengar. Tetapi seorang je yang berjaya mengisi jawapan tiap soalan ruby tu. Beliau adalah suami ruby. Kadang-kadang sebabkan soalan bodoh pun boleh bertekak itu ini. Salah la! Fakta lain la! Google laaaaa! ahahaha.

belon

4. Kemas. Ruby suka lelaki yang berpakaian pejabat. Nampak kemas je. Seronok tengok mereka jalan stailo dengan kemeja dan tali leher. Rambut kemas dan senyuman manis. Model kat iklan tepi highway ada la kot mcm tu kan. So kita senyum balik dekat iklan tu. Miahahaha.

5. Suka makan. Lelaki yang suka makan ni selalunya karakter dia adalah seorang yang mudah diambil hati. Kalau mood swing, belanja makan. Kalau dapat naik pangkat, belanja makan. Masakkan untuk dia ke? Suami ruby kuat makan. Yay Alhamdulillah!

Kehidupan kita ibarat warna warni belon dan pensil diatas. Walau banyak mana kegemaran kita, pastinya warna lain juga akan jadi kegemaran kita. Enjoy your life!

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

7 thoughts on “Hari 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.