Harry Houdini

      5 Comments on Harry Houdini

Sebelum kelahiran Blaine dan Copperfield, lelaki yang menciptakan silap mata melepaskan diri iaitu Harry Houdini. Seorang lagenda terkemuka dunia. Houdini adalah seorang yang suka buat aksi di luar jangkaan manusia. Adrian Brody menghidupkan watak sebagai Harry Houdini.

Harry-Houdini-History

 

Harry Houdini adalah seorang ahli silap mata yang terkenal. Beliau adalah lagenda dalam dunia silap mata. Zaman kecil-kecil dahulu kenal  nama Harry Houdini. Jom selongkar siapa Harry Houdini.

Harry Houdini lahir di Budapest pada 24 Mac 1874. Beliau adalah pelagak ngeri (stuntman), ahli silap mata yang terkenal dengan persembahan melepaskan diri. Harry Houdini dikenali buat pertama kali di salah satu lawatannya di Eropah sebagai Harry Houdini bergari di mana beliau mencabar polis menahannnya. Selepas itu, Harry Houdini menambah lagi aksinya dengan mengikat tangan dengan rantai, sangkut tali di pencakar langit, pakai baju khas untuk pesakit mental di dalam air dan menahan pernafasan dalam botol susu.

Beliau memulakan karier sebagai ahli silap mata pada tahun 1891. Dia mulanya hanya di dalam muzium dan sebagai penghibur kecil. Harry Houdini pada mulanya fokus pada helah kad, samapai pada satu tahap dia di panggil Raja segala kad. Selepas itu, dia mencuba eksperimen dengan aksi melepaskan diri.

Pada tahun 1904, Harry Houdini cuba melepaskan diri dari gari tangan khas yang dikeluarkan dari “London’s Daily Mirror” selama satu jam membuatkan para penonton resah. Harry Houdini adalah seorang penghibur yang bertaraf dunia.

Pada tahun 1912, terdapat ramai yang mahu beliau menukarkan aksi botol susu dengan “Chinese Water Torture Cell”. Untuk aksi kali ini, kaki beliau di kunci dalam stokin, badannya di terbalikan dan tangki di isi penuh dengan air. Aksi ini menyukarkan beliau unutk melarikan diri. Aksi ini beliau teruskan sehinnganya dia meninggalkan dunia pada tahun 1926.

Sekarang ini, History Channel menyiarkan rancangan mengenai Harry Houdini. Tayangan perdana di kaca televisyen bermula pada 2 September 2014 jam 9.00 malam di Asto saluran ‘555’ dan Astro HD ‘575’.

http://www.historyasia.com/shows/houdini

xoxo!

sign5

5 comments on “Harry Houdini

  1. Sir Chief Jeeb

    waaahhh… suka3… tgok teaser dia je hari tu dah cambest!!
    i is suka magic2 ni sejak kecik… hehehe…
    lagi satu…Andrian Broody ni memang muka dia ala2 ahli sihir je kalau berlakon.. hehehehe..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge