Jom Ke Zoo Negara Malaysia

      18 Comments on Jom Ke Zoo Negara Malaysia

Zoo Negara? Hurmm seingat Ruby pernah datang Zoo Negara Malaysia pada tahun 1993, 1999 dan 2002 je. Hehehe. Walaupun Zoo Negara belakang rumah je. Tapi nak datang melawat Zoo Negara tiada masa pula. Yelah, bagi ruby melawat Zoo Negara ni ibarat macam aktiviti esklusif sebab kena tunggu semua ahli keluarga ada. Baru la best berjalan bersama.

Semalam Sabtu, 13 Sept 2014 ruby buat pertama kalinya datang ke Zoo Negara bersama keluarga ruby. Suami dan baby Adam. Hehehe. Tanya juga adik-beradik lain nak tak join ke Zoo Negara, mereka semua sibuk. Jadi ruby rakam video semasa di Zoo Negara dan bila video ini siap, ruby akan tonton bersama mereka minggu depan. Boleh mereka tonton dengan Sharp AQUOS Quattron Pro. Harap-harap boleh siap seawal mungkin. Hahaha. Maklumlah busy!

Awal pagi dah bangun, untuk siapkan baby Adam. Jam 7 pagi mandikan dia. Pakaikan baju dan selesai siapkan Adam, baru la giliran ibu dan ayah bersiap. Jam 9 pagi kami keluar dari rumah dan bergegas ke Zoo Negara.

Jom Ke Zoo Negara

Harga tiket ZOO NEGARA

 

Jom Ke Zoo Negara

Jom Ke Zoo Negara

Niat dihati nak ke Zoo Negara sebab nak tengok Panda. Tapi Panda show jam 4 petang. Jadi kita jalan-jalan kenali haiwan di Zoo Negara. ­čÖé

Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Dulu masa kecil, bus ni ruby rasa macam besar je. Siap panggil keretapi. Bila dah besar, eh ini bas mini je. Hahaha. Perjalanan dimulakan dan pasti Zirafah ini adalah haiwan pertama kita akan tengok. Sangat tinggi! Lee Kwang Soo! Hahaha.

Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Hensem tak saya?

Jom Ke Zoo Negara

Kemudian kami melawat Burung Botak Upeh. Mereka bebas berterangan dan berjalan sekitar kita. Tetapi hati-hati ya. Risiko kena tembak dengan tahi dia. Hahaha.

Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Adam pertama kali tengok burung. Berani dia nak dekat-dekat dengan Burung Botak Upeh tu. Elok je masa Adam nak dekat dengan burung tu, burung tu duduk macam tu. Burung Botak Upeh ni kaki panjang!

Jom Ke Zoo Negara

Ini pula burung Emu. Tinggi macam burung unta tapi bezakan Emu dengan bentuk badan dan telur bewarna hijau. Hehehe. Sangat mesra kamera. Bukan setakat mesra kamera, tapi nak ambil kamera juga! Hati-hati takut kena pakuk je. Pecah pula lens. Tapi kalau berani, boleh je usap-usap badan dia. Tapi mungkin anda akan terperanjut teruk. Hahaha.

Jom Ke Zoo Negara

Harimau belang disini banyak! Tapi yang ini paling menarik perhatian ruby adalah yang sekor ni, sebab dia sibuk buat fashion runaway. Hehehehe. Kita pula yang tunggu dia datang ke depan untuk ambil gambar. 3 kali harimau tu round juga la kami tunggu kemunculan dia.

Jom Ke Zoo Negara

Masa ini rusa sedang sarapan pagi. Meriah betul mereka makan. Macam senang je nak membela rusa ni. Hahahaha.

SAVANNAH WALK

 

Savannah Walk ini haiwannya dibenarkan bebas di kawasan lapang. Pengalaman di sini ibarat seperti berada di Afrika. Cuma haiwan yang ada hanya Zirafah, Burung Unta (Ostrich), Badak Air  dan Seladang. Badak air sibuk berendam. Cuaca panas sangat kot. Hehehe.

Jom Ke Zoo Negara

Ini namanya seladang. betul tak? Jangan ganggu ya kerana mereka tengah sarapan pagi. Hehe.

Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Jom Ke Zoo Negara

Jom ke Pertunjukan Haiwan! Jadual hari ini pada jam 11 pagi!

Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Masa kami sampai di sini semua tempat duduk dah penuh. kawasan yang panas tiada sapa. Kami pun duduk la. 30 minit je dapat tahan kepanasan tu. Adam dah merengek. Panas betul. Tapi, kami seronok dengan pertunjukan Singa Laut, Burung dan Ular tu. Hehehe. Comel!

jom-ke-zoo-negara-31 Jom Ke Zoo Negara Jom Ke Zoo Negara

Adam kepanasan, letak dalam stroller. Bagi kipas, terus diam. Trip ke Zoo Negara ini juga bagus untuk aktiviti bersama keluarga. Boleh anak-anak mengenali haiwan. Hehehe. Jangan jadi macam ruby masa kecil dulu. Semua haiwan 4 kaki ruby panggil anjing. “Besarnya anjing tu”. Sedangkan itu lembu. Hahaha. Sebab hanya tahu anjing je kerana jiran sebelah rumah bela. LOL!

Jom Ke Zoo Negara

Inilah team yang bertungkus lumus merakam video ruby sekeluarga! Terima kasih Justin, June, Inu, Ken and Bruce. Nanti nak tunjuk video tersebut dekat mak, angah dan adik. Mesti mereka jeles. Tu laaa sibuk sangat sampai tiada masa nak beriadah. Hehehe.

Jom Ke Zoo Negara

Hari ini dalam sejarah. Tahun 2014 ke Zoo Negara dan Adam genap 8 bulan. Hehehe.

www.zoonegaramalaysia.my

xoxo!

sign5

18 comments on “Jom Ke Zoo Negara Malaysia

  1. Pingback: Hari Keluarga Bersama Sharp AQUOS Quattron Pro - Ruby.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge