Keunikan Agrofarmstay @ Skill-Tech terletak pada kehijauan alam dan keselesaan di sini. Bukan mudah untuk kembali kepada kehidupan yang segar begini. Flora dan Fauna yang indah begini masih dikekalkan dan di naik taraf kepada sesuatu yang berguna untuk generasi akan datang.
Semasa berada di sini, Agrofarmstay @ Skill-Tech sedang recruit adik-adik dari Kolej Vokasional Muadzam Shah. Melihat aktiviti mereka, teringat zaman sekolah dulu. Cuma yang berbeza adalah pada waktu dulu Ruby ke lokasi pilihan sekolah yang persekitaran tidak seperti di Agrofarmstay @ Skill-Tech.
Hari ini Ruby dan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari membuat lawatan ke sekitar Agrofarmstay @ Skill-Tech. Kawasan meliputi 30 ekar tanah dan mempunyai kawasan ladang lembu, kolam-kolam, kebun buah, rumah penginapan dan rumah haiwan.
Puan Azza dan En Mat dari Agrofarmstay @ Skill-Tech.
Lokasi pertama kami melawat adalah Tasik. Disini anda boleh berkayak, naik boat dan buat aktivit “water confident”. Ruby kalau sukan air ni memang trauma. Sebab dalam fikiran ni geli nak masuk dalam air tu. Takut terpijak ikan. Hahaha.
Hehehe. Abang Zaini berkayak. Haha.
Kemudian kami ke rumah haiwan. Disini menempatkan pelbagai spesis arnab, landak dan burung. Kuda, kambing juga turut ada. Jinak-jinak belaka haiwan disini. Boleh pegang!
Bahagian rumah haiwan ni memang best. Sebab anak-anak kecil teruja nak tahu apa jenis haiwan tu. Landak susah nak tengok dan pegang kan. Jadi bila anak-anak ni dapat pegang. Mereka jerit-jerit geli. Hehehe.
Perjalanan diteruskan ke kawasan penginapan. Jom ke Villa kami menginap. Villa ini memiliki 7 buah bilik dan dua tingkat. 4 bilik di tingkat atas. 3 bilik di bahagian bawah. Ruanh tamu dan dapur yang selesa dan luas. Harga sewa satu malam di Villa bergantung kepada 3 hari penting. Iaitu hari cuti sekolah, hari minggu dan hari biasa. Anggaran harga adalah dari RM 600 – RM 800.
Seronok tinggal satu Villa dengan semua rakan blogger yang berkeluarga. Tengok kembar anak-anak abang Zaini, si Qhaliff anak abang Ben main kejar-kejar. Riuh satu rumah. Lepas tu pada waktu pagi sampai petang, anak-anak ni duk tengok televisyen siaran kartun. Orang dewasa tengok tv pada waktu malam. Hehehe. Kehidupan berkeluarga ni memamg penuh warna. Seronok!
Jom teruskan lawatan ke kawasan kebun. Hehe. Agrofarmstay @ Skill-Tech ada pokok durian, pokok durian belanda, pokok avocado, pokok kurma dan pokok rambutan. Bila musim buah, anda boleh makan buah-buahan ini PERCUMA! Sayangnya bukan musim buah pula Ruby di sini. Hehehe.
Tanaman herba juga turut diusahakan di sini. Ruby jumpa misai kucing. Hehehe.
Ladang lembu di Agrofarmstay @ Skill-Tech mempunyai baka lembu yang sihat! Gemok-gemok dan aktif. Moooooooo. Moooooooo. Hehehe.
Di Agrofarmstay @ Skill-Tech ada kolam renang, dewan untuk seminar, bilik mesyuarat dan dorm untuk disewa. Kemudahan disini lengkap dan mempunyai wifi! Ini paling wajib ada! Hahaha.
Lokasi terakhir kami melawat adalah Rumah Kasut! Ini adalah tempat yang dinantikan oleh kami semua untuk berkaraoke! 1 jam RM 60. Jika 5 jam, harga RM 250. Bilik ini boleh menempatkan 10-15 orang! Luas!
Pengasas Kelab Blogger Ben Ashaari bila dah mula pegang mikrofon. Hahaha.
Jika anda ingin bercuti dan melalukan aktiviti di Agrofarmstay @ Skill-Tech. Sila hubungi di talian berikut.
0122118264
0162098623
pertanyaan@agrofarmstay.my
www.agrofarmstay.my
Selamat bercuti!
xoxo!
Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4
hamboiii besarnya gambar aben menyanyi dengan sepenuh perasaan tu…muahahahaha…. thumbs up ruby…. tapiiii…. i is rasa nak nangis tengok semua gambar sebab kena tinggal…huwaaaaaaa….ahaksss….
Kalau tentu datang semasa musim buah lagi best.
alahai geramnya tengok si arnab tu. huhu p lagi jom