Latih Adam Minum Guna Cawan

Latih Adam minum guna cawan?? Adam ni dari NICU dia minum susu guna cawan kecil yang diberi oleh jururawat. Sebab masa tu susu Ruby belum ada lagi. Bila susu badan dah ada. Ruby simpan EBM di hospital dan Adam masih lagi minum guna cawan kecil. Mungkin cara ini lebih elok untuk bayi pramatang sebab risiko tersedak kalau guna puting. Sebab jururawat taknak nanti dah dapat puting botol, Adam taknak menyusu terus dari Ruby.

Sekarang dah 8 bulan lebih. Kalau bab makan dan minum memang seronok tengok Adam makan. Alhamdulillah perkembangan yang bagus. Cuma dia dah sibuk nak makan sendiri dan mimum tonggang botol mineral. Nampaknya Adam memerhati apa ibu bapa dia buat. Kalau minum macam tu dia tahu, dari mana pula dia belajar kalau bukan dari Ruby sendiri. Hahaha. Bahaya!

Jadi, Ruby pun bincang dengan suami. Nak beli apa untuk Adam supaya tertib sikit minum tuuu. Hahaha. Maka, hidupkan enjin kereta dan ke AEON Jusco la kami bertiga. Pilih punya pilih macam-macam cawan ada jual untuk latih bayi. Guna straw getah terus pun ada. Tapi Ruby tidak tahu Adam boleh minum sedut guna straw lagi ke tidak.

Tidak semestinya Adam menyusu badan dia selalu sedut-sedut dan bermakna dia boleh minum air guna straw getah. Pusing-pusing bahagian baby di AEON Jaya Jusco, nampak jenama TollyJoy. Ada peringkat rupanya nak ajar anak minum guna cawan. Haha.

image

Peringkat pertama menggunakan puting. Jika bayi dah pandai hisap puting, teruskan ke peringkat ke dua iaitu guna corong leper. Yang ini tidak pasti Adam boleh ke tak. Kena cuba esok pagi. Hehe.

image

image

image

image

image

Cantik dan menarik kan? Harga RM 18.90. Semoga lepas ini Adam tidak berebut nak air botol ya. Hahaha.

xoxo!

image

Blog dikemaskini secara langsung menggunakan Nokia Lumia 925 & Samsung Galaxy S4

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Latih Adam Minum Guna Cawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.