Magic Fest Putrajaya Di PICC

Pertunjukan silap mata sentiasa tidak membosankan, malah ia adalah hiburan yang menguji mata anda. Bagaimana ia dilakukan dan jika anda ingin melihat tips dan trick sesuatu silap mata, anda wajib ke Magic Fest Putrajaya Di PICC. Lokasi di Putrajaya International Convention Center adalah lokasi yang membawa ahli silap mata tersohor, amatur, kanak-kanak dan mereka yang ingin bertanding berlawan silap mata diantara wakil negara.

Selama 4 hari ini (12 Sept – 15 Sept 2014; Jumaat – Isnin), pelbagai aktiviti diadakan di Magic Fest Putrajaya. Selain dari pameran di booth ahli silap mata yang menawarkan pelbagai keperluan untuk mengamalkan silap mata, anda juga boleh mengenali ahli silap mata tersebut. Mereka tidak lah terkenal seperti David Blane, tetapi mereka mempunya trick magic yang membuatkan anda sakit kepala fikir bagaimana ia dilakukan.

Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya

Ini adalah video untuk tatapan anda semua. Fikirkan bagaimana beliau membuatnya. Hahaha

Ruby pergi Magic Fest Putrajaya hari ini dan berkesempatan menonton International All Star Magic Competition (1st Round) di Plenary Hall. Masa menonton pertandingan ahli silap mata, kita boleh lihat betapa susahnya nak membuat magic. Lambat sikit je trick silap mata yang mereka lakukan, penonton boleh nampak helah yang mereka buat tidak menjadi. Hehehe. Dalam ramai-ramai peserta yang sertai pertandingan, mereka dibawah ini yang menarik perhatian ruby.

Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya

 

Selain dari pertandingan di atas, ruby tertarik dengan Junior Magic Competition. Comel-comel je adik-adik ni buat magic. Nampak bersungguh-sungguh. Costume pun meriah. Hehehe.

Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya Magic Fest Putrajaya

Ini baru aktiviti pada hari Sabtu 13 Sept 2014. Hari Ahad dan Isnin anda masih tidak terlewat untuk datang beramai-ramai seisi keluarga untuk melihat Magic Fest Putrajaya. Ada Magic Workshop, Demo Magic secara langsung di hadapan anda, Pertandingan Magic diantara negara-negara yang terlibat dan paling ruby nantikan adalah INTERNATIONAL GALA NIGHT pada 15 September 2014 jam 8 malam hingga 11 malam hari Isnin. Tiket bernilai RM 50 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak.

Magic Fest Putrajaya

 

Gambar sekitar perlancaran Magic Fest Putrajaya pada 12 September 2014 yang dirasmikan oleh Pn. Nor Yahati Binti Awang, Pengurus Besar Sekretariat Tahun Melawat Malaysia 2014.

Di Pertandingan International Gala Night ini akan menampilkan ahli silap mata tersohor. Antaranya adalah Avery & Sylvia (Malaysia), Henning Nielson (Denmark), Victor Voitko (Ukraine), Mike Chao (Taiwan), Ma Ya Yan (China), Kenji Minemura (Jepun) dan Jung Byung Gu (Jepun).

Bagi anda yang ingin melihat sendiri bagaimana silap mata dilakukan dan aktiviti yang disediakan, anda boleh rujuk ke laman sesawang Magic Fest Putrajaya.

www.magicfestputrajaya.com

www.facebook.com/magicfestputrajaya

xoxo!

sign5

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 thoughts on “Magic Fest Putrajaya Di PICC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.