Mini Akuarium JEBO QR128

      2 Comments on Mini Akuarium JEBO QR128

Sejak akhir-akhir ni dah berubah hobi dengan membela ikan, ruby dah kemaruk nak belikan barang-barang perhiasan ikan. Malah rumah ikan pun ruby dah beli yang baru! Memperkenalkan Mini Akuarium JEBO QR128.!!! Hahahaha. Sebenarnya ruby pergi kedai ikan untuk beli ikan kecil-kecil. Nak dijadikan kawan untuk ikan emas dua ekor tu.

Sambil tengok ikan, sambil tu tengok-tengok la bekas untuk akuarium. Mula-mula nak beli yang plastik biasa-biasa aje. Tapi terjatuh cinta dengan akuarium kaca! Hahaha. Tanya harga. Uncle tu bagi RM 190 sekali dengan hiasan dalam akuarium tu. Dekat kawasan rumah ruby, kedai uncle itu aje la yang ada untuk cari ikan dan keperluan ikan sampai lah ke akuarium ni.

Balik rumah bincang dengan suami. Suami google amende la wife dia sibuk nak akuarium JEBO JEBO JEBO ni. Hahaha. Tapi carian google tidak dapat pula untuk pasaran Malaysia. Jadi kami pun proceed lah beli. Berguru dengan uncle kedai tu aje.

Pergi kedai beli Mini Akuarium JEBO QR128, beli ikan dan balik. Balik rumah sediakan air dan keperluan lain untuk akuarium tu. Perghhh cantiknyaaa.

Mini Akuarium JEBO QR128

Cantikkan? Ini belom lagi habis berhias, ruby akan hias lagi akuarium ni untuk jadikan ia lagi menarik dan warna warni macam akuarium bawah ni.

Mini Akuarium JEBO QR128

Kemas dan cantik kan? Hehehehe.

Mini Akuarium JEBO QR128 ini mempunyai filter dan boleh memuatkan sebanyak 12 liter air. Satu perkara yang ruby lupa nak buat adalah menyambungkan oksigen! Hahaha. Ruby ingatkan akuarium ini sudah build in. Tetapi andaian ku meleset. 10 ekor ikan kecik-kecik tu ruby beli, 6 ekor dah mati. Sedihnya. Yang bagusnya ikan emas ruby sekali lagi survive! Dia hidup walaupun diambang maut. Wuwuwuwu.

Lepas ni kena beringat. Hahaha. Hari ini semuanya dah okay, air dah bersih, oksigen dah pasang, ikan dah tidak stress. Hehehe.

xoxo!

sign5

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 comments on “Mini Akuarium JEBO QR128

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge